Buletin

BMW MOTORRAD MALAYSIA TAWAR PROGRAM SERVIS & JAMINAN LANJUTAN

BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan tiga program penjagaan selepas jualan – Program Inklusif Minyak Enjin, Inklusif Servis dan Lanjutan Waranti buat para pelanggan baharu dan sedia ada yang memiliki motosikal BMW di Malaysia.

“Program-program baharu ini merupakan yang pertama dalam industri motosikal premium di Malaysia.  Ia ditawarkan di semua pusat pengedar BMW Motorrad yang bertauliah,” kata Ketua BMW Motorrad Malaysia, Owen Riley.

BMW R 1250 GS HP

Inklusif Minyak Enjin BMW Motorrad

BMW Motorrad Malaysia kini menyediakan dua pilihan program untuk tempoh tiga tahun (atau 30,000KM) atau lima tahun (atau 50,000KM) bagi program Inklusif Minyak Enjin mereka yang pertama.

Program tersebut melibatkan servis minyak enjin biasa, merangkumi penggantian minyak original BMW ADVANTEC serta penapis untuk motosikal BMW baharu dan yang berusia bawah 10 tahun sejak pendaftaran pertama dibuat.

Rekod penyelenggaraan motosikal harus berpandukan kepada selang servis yang disyorkan. Selain perlu dibuat di pusat pengedaran BMW Motorrad bertauliah untuk menggunakan program ini secara sah.

Inklusif Servis BMW Motorrad

Menawarkan servis tambahan yang menjangkaui program Inklusif Minyak Enjin BMW Motorrad. Ia pemeriksaan injap, minyak fork, penukaran minyak transmisi, palam pencucuh, bendalir brek, penapis udara, tali sawat CVT, penapis bahan api dan minyak gandar belakang.

Program itu juga meliputi tempoh tiga tahun (atau 30,000KM) atau lima tahun (atau 50,000KM). Ditawarkan untuk motosikal BMW berusia bawah 10 tahun dari tarikh pendaftaran pertamanya.

Rekod penyelenggaraan sebelum ini juga harus mematuhi selang servis yang disyorkan dan dibuat di pusat pengedaran BMW Motorrad bertauliah.

Lanjutan Waranti BMW Motorrad

Menawarkan liputan tambahan ke atas tempoh waranti asal yang diberikan oleh pengeluar, merangkumi kerja pembaikan menggunakan komponen original BMW.

Program ini boleh dibeli sebagai pakej tambahan untuk satu atau dua tahun melebihi tempoh waranti asal, yang ditingkatkan kepada tempoh standard berdurasi tiga tahun bagi motosikal BMW yang didaftarkan bermula 1 Januari 2019.

Program ini ditawarkan untuk motosikal baharu dan yang berdaftar melebihi 90 hari dari tarikh pendaftaran pertamanya. Namun ia tidak merangkumi program Bantuan Tepi Jalan (Roadside Assistance) yang diperkenalkan pada awal tahun ini.

Maklumat lanjut sila layari laman web:  https://www.bmwmotorrad.com.my/en/service/services/warranty.html.

Tags
Google ads
Back to top button