,
Motosikal

BMW MOTORRAD PERKENAL SISTEM KOMUNIKASI – SESUAI UNTUK PELBAGAI JENIS HELMET

Teknologi komunikasi di antara penunggang motosikal jelas mengalami evolusi yang pesat. Kini, anda tidak lagi perlu menjerit semata-mata untuk membuatkan rakan dengar apa yang hendak anda katakan.

Biarpun begitu, teknologi pada peranti komunikasi sedia ada masih ada banyak ruang untuk ditambah baik.  

Faham tentang keperluan itu, BMW Motorrad telah melancarkan satu sistem komunikasi yang sesuai untuk kegunaan semua.

Sistem yang pada asalnya dibina untuk komunikasi di antara penunggang dan pembonceng, ia kini boleh menawarkan lebih banyak fungsi.  

Peranti itu dikatakan boleh digunakan pada kebanyakan jenis topi keledar. Selain untuk berbual dengan penunggang lain, ia juga membolehkan anda imendengar muzik dan membuat panggilan telefon.

Apabila disambungkan dengan peranti lain menerusi Bluetooth, ia boleh menerima arahan navigasi.

Jika disambungkan bersama modul komunikasi Bike-to-Bike BMW, ia mampu menawarkan satu sistem komunikasi sehingga enam orang penunggang melibatkan jarak sejauh 2km.

BMW Motorrad memberitahu sistem tersebut cukup ringkas. Ada tiga butang yang mengawal ciri intercom, suara, on off dan menu konfigurasi. Peranti itu juga dibina agar tahan terhadap pancaran UV dan kalis air.

Sekali caj, ia boleh digunakan sehingga 8 jam. Sistem itu ditawarkan pada harga $199 (RM818) seunit.

Tags
Google ads
Back to top button