Artikel Pilihan

BMW N74 V12, ENJIN TURBO PALING BESAR DIHASILKAN BMW

BMW pernah menghasilkan 4 varian enjin V12 silinder untuk dijual kepada pembeli dengan beberapa siri seperti M70, M73, N73 dan akhir sekali N74. Namun varian N74 merupakan varian yang paling diingati oleh peminat kerana ia adalah enjin V12 yang pertama kali dipasang turbo oleh BMW dihasilkan bermula pada tahn 2008

Selain BMW, enjin ini juga digunakan oleh semua model Rolls-Royce iaitu satu lagi entiti automotif dibawah seliaan BMW. Namun siri pengeluaran enjin ini berakhir pada tahun 2022 dengan model BMW M760i Final V12 Edition sebelum semua model 7 Series digantikan sepenuhnya dengan trenkuasa elektrik

1. Varian yang paling berkuasa ialah N74B66 turbo yang menjana sehingga 624 kuasa kuda dan 800Nm tork menjadikannya enjin paling berkasa yang dihasilkan oleh BMW. Ia datang dengan pelbagai varian dari kuasa serendah 536 kuasa kuda dan 750Nm tork

2. N74 juga hadir dengan semua teknologi enjin terkini seperti suntikan bahan api, sistem pemasaan injap boleh laras (Double VANOS), sistem turbo berkembar dan juga DOHC. Tapi enjin ini tidak disertakan dengan teknologi Valvetronic

3. Susunan silinder dalam huruf V menjadikan enjin N74 sangat lancar dengan hanya menghasilkan sedikit sahaja gegaran dan juga bunyi. Keadaan ini menjadikan N74 menghasilkan kuasa yang tinggi dalam keadaan yang senyap dan tenang, menjadikannya pilihan tepat untuk model 7 Series dan Rolls Royce

4. Pada tahun 2008 juga, N74 dihasilkan dengan menggunakan aluminium menjadikannya sangat ringan, memberikan kelebihan kepada pengandalian dan juga prestasi keseluruhan kereta BMW 7 Series

5. Ia juga merupakan enjin yang sangat eksklusif untuk 7 Series atau Rolls Royce, dan enjin pertama yang digunakan oleh BMW bersama sama dengan transmisi 8 kelajuan automatik ZF

Bagi model BMW 7 Series, enjin ini diberikan kod N74B60. Tapi bagi model Rolls Royce ia dikenali dengan nama N74B66 (6600cc) dan N74B68 (6800cc). Varian 6800cc ini digunakan pada Rolls Royce Phantom, Cullinan dan juga Ghost.

Antara perubahan yang dilakukan ialah dengan membesarkan saiz silinder bagi menjana 563 kuasa kuda (lebih rendah) tapi tork yang lebih tinggi iaitu 900Nm tork pada 1500RPM. Sebagai perbandingan N74B66 asal menjana 624 kuasa kuda dan 800Nm tork bagi membolehkan BMW 7 Series dipandu pada halaju 305km/jam dengan selamba

Namun dengan pengenalan enjin V8 turbo berkembar N63 yang menjadi semakin maju dan semakin berkuasa, pengurusan BMW mendapati adalah tidak efisyen untuk menghasilkan enjin N74 ini lagi. Sebagai contoh enjin N63B44T3 berupaya menjana 523 kuasa kuda dan 750Nm tork

Bagi enjin S63B44T4 iaitu enjin N63 yang digunakan oleh M Division pula, ia berjaya menjana sehingga 617 kuasa kuda dan 750Nm tork. Maka enjin V12 turbo berkembar ini ditamatkan pengeluarannya pada tahun 2022.

Google ads
Back to top button