
KEMBAR SUPRA, BMW Z4 BAHARU KINI DI MALAYSIA – RM479,800 SAHAJA
BMW Malaysia hari ini memperkenalkan BMW Z4 baharu. Roadster itu tampil dengan reka bentuk menawan serta kabin yang fokus kepada pemandu.
BMW terkenal dengan sejarah pembikinan roadster yang menawarkan kepuasan pemanduan sebenar. Bermula BMW 315/1 hinggalah roadster BMW Z4 generasi kedua.

Sehingga ke hari ini, BMW Z3 serta generasi BMW Z4 terdahulu merupakan antara jentera ‘drop-top’ dua tempat duduk paling laris dalam segmennya.
BMW Z4 kini memiliki rekaan luaran yang lebih seimbang, tahan lasak dan dilengkapi sistem keterhubungan canggih seperti BMW Live Cockpit Professional dan BMW Digital Key.
Ditawarkan menerusi varian BMW Z4 sDrive30i M Sport, dimensinya kini 85mm (4,324mm) lebih panjang, 1,864mm lebar dan setinggi 1,304mm berbanding model terdahulu.

Bahagian hadapan diserlahkan dengan gril kidney yang besar dan sepasang lampu LED. Lampu belakang 3D yang nipis pula membuatkan penampilan Z4 lebih bergaya.
BMW Z4 dijana oleh enjin empat silinder 2.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa 258hp dan tork maksimum 400Nm. Roadster itu boleh kelajuan 0-100 km/j dalam masa 5.4 saat dengan pecutan maksomum 250km/j.
Sistem suspensi jentera pacuan roda belakang itu ditala untuk menawarkan kualiti pengendalian terbaik.

BMW Z4 ditawarkan dalam empat warna menarik iaitu merah, biru, hitam dan putih. Warna itu kemudian dipadankan dengan pilihan warna ruang kabin hitam, merah atau merah bersama jahitan berwarna hitam.
Jentera hebat ini boleh anda miliki pada harga RM479,800 seunit.
- BACA: BMW Z4 AKAN ADA MANUAL, SUPRA MACAM MANA?
- BACA: TOYOTA SUPRA A90 DAN BMW Z4. SAMA TAPI TAK SERUPA…
- BACA: JURUTERA BMW Z4 DAN TOYOTA SUPRA TIDAK BERCAKAP SEJAK 2014 – AIH, KENAPA PULA?
- BACA: BAGAIMANA BMW 3 SERIES BOLEH MENJADI ‘LEJEN’ DI ATAS JALAN RAYA
GALERI