Artikel PilihanPeranti

PECAHKAN IPHONE. RAKYAT CHINA MULA BERSATU MENENTANG AMERIKA

Krisis Huawei – Amerika sebenarnya bermula sejak penahanan Ketua Eksekutif Kewangan Huawei, Meng Wanzhou di Kanada kerana didakwa melanggar arahan sekatan oleh Amerika.

Terdahulu, Huawei, peneraju teknologi komunikasi 5G dikatakan bersubahat dengan kerajaan China dalam usaha mengintip dan mengumpulkan maklumat risikan menerusi syarikat telekomunikasi tersebut, yang dinafikan keras oleh China dan Huawei.

Kemuncak persengketaan tersebut berlaku Isnin lalu di mana Kerajaan Amerika Syarikat menerusi presiden Donald Trump mengeluarkan senaraihitam kepada Huawei dan 68 subsidiari yang berkaitan dan tak cukup dengan itu, Jabatan Perdagangan AS turut mendesak pembekal dalam industri berkaitan menghentikan urusniaga dengan Huawei atau berdepan sekatan yang lebih serius. Ia termasuklah penyedia aplikasi Huawei iaitu Google dan Android.

Bersatu di atas solidariti mempertahankan maruah negara mereka, rakyat China sejak beberapa hari lepas mula menunjukkan bantahan mereka secara terbuka.

Wang Zhixin seorang pengurus syarikat pengeluar modul solar terbesar di China yang merupakan pengguna setia iPhone sejak 10 tahun lalu telah membuat keputusan menggantikan perantinya kepada Huawei.

“Ia datang dari naluri saya untuk menyokong produk China, lebih-lebih lagi ketika perang perdagangan ini,” Beliau menggantikan unit iphone dengan Huawei P30.

Pemilihan peranti tersebut bukan hanya sekadar simpati. “Syarikat tersebut memang menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dengan harga yang jauh lebih murah, Ujar Wang “P30 lebih laju dan kameranya lebih bagus”

Media sosial China juga mula dibanjiri dengan klip video pengguna menghancurkan peranti iPhone mereka sebagai protes.

Ia bukan sahaja dilakukan oleh individu malah syarikat-syarikat kecil mula menggalakkan pekerja mereka membeli Huawei bagi menggantikan iphone.

Dalam video terbabit, majikan secara terbuka memberi amaran kepada pekerja yang membeli produk Apple. Kenaikan gaji mereka akan disekat selain tidak akan mendapat bonus tahunan. Sebaliknya, jika membeli produk Huawei, mereka akan dibayar balik insentif sebanyak 20 peratus.

Bagi Sam Li yang bekerja sebagai eksekutif di syarikat telekom milik kerajaan di Beijing, menukar Apple kepada Huawei juga adalah sebagai bentuk sokongan kepada negara. “Ia memalukan jika anda mengeluarkan iphone dari poket, sedangkan semua eksekutif syarikat menggunakan Huawei.

Wang dan Li adalah antara dua contoh warga China yang secara terbuka menunjukkan solidariti terhadap China dan Huawei. Menurut penganalisis industri, kesan persengketaan perdagangan Amerika-China ini memberi impak lebih buruk kepada produk Apple di China.

Menurut pengurus analisis IDC Asia Pasifik “Sentimen rakyat China kepada Huawei memuncak disebabkan krisis ini”

Tahun lalu Huawei menghasilkan 206 juta unit telefon pintar di mana 105 juta atau 26.4 peratus adalah untuk pasaran domestik. Sebagai perbandingan, Apple berada di tangga ke lima di pasaran China dengan perkongsian pasaran 9.1 peratus. Namun bagi suku pertama tahun ini, produk Apple jatuh di bawah 7 peratus berbanding 3 peratus kenaikan pada jualan Huawei.

Apple bukan sahaja berhadapan masalah dengan pasaran China. Pada suku pertama tahun ini, pasaran dunianya merosot dari 36.4 juta kepada 30.2 juta unit berbanding tahun lalu. Huawei merupakan satu-satunya pengeluar yang menunjukkan peningkatan positif dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

iPhone dilihat terus bergelut dengan kejatuhan pasaran di seluruh dunia di mana pesaingnya mula mencuri pasaran Apple. Meskipun dengan potongan harga di China dan tawaran tukar-beli yang menarik, Apple masih belum berupaya meningkatkan kapasiti jualannya.

Dengan ketegangan ini, jualan Apple di China dijangka terus merosot dan menurut Zaker Li, penganalisis industri di IHS Markit “Jika diketepikan sentimen politik pun, produk Apple dan strategi harga mereka merupakan sebab utama kejatuhan jualannya,” beliau menegaskan.

Di China, semangat nasionalis “Bertukar kepada Huawei” mula mendapat sambutan rakyat.

“Cutting the ground from under one’s foot” ialah anggapan majoriti netizen di China berikutan kemungkinan kehilangan aplikasi Android oleh Huawei seperti yang dilaporkan oleh Reuters di mana Google dikatakan telah menggantung semua urusniaga mereka dengan Huawei yang melibatkan perkakasan, perisian dan servis teknikal.

Komen seperti “support Huawei” dan “hang in there” mula kini dikongsi berjuta pengguna di laman sosial Weibo, laman sosial popular twitter versi China.

Pengasas dan pengerusi Huawei, Ren Zhengfei memberitahu media dalam satu wawancara bahawa lesen sementara 90 hari itu tidak memberi kesan banyak kerana syarikat itu sudah “bersedia”.

Beliau berkata Huawei tetap berterima kasih kepada syarikat-syarikat Amerika yang banyak menyumbang kepada pembangunannya. Ramai perunding Huawei hari ini datangnya dari syarikat-syarikat Amerika seperti IBM.

LAGI SOKONGAN TERBUKA

Hu Xijin, ketua pengarang tabloid Global Times, beralih kepada Huawei selepas menggunakan iPhone selama sembilan tahun.

“Saya tidak akan membuang iPhone saya, kerana saya fikir ia menjadikan peranti tambahan,” katanya dalam satu kenyataan di Twitter, sambil menambah bahawa dia menyokong Huawei kerana dia merasakan syarikat itu “ditindas secara tidak munasabah” oleh kerajaan Amerika Syarikat .

Hu berkata bertukar dari Apple ke Huawei tidak bermakna ia adalah betul untuk memboikot Apple. “Apple telah menyumbang kepada pembangunan China,” katanya, sambil menambah bahawa terdapat banyak pengguna iPhone yang setia di China yang “bebas untuk memutuskan” jenama telefon pintar mana yang mereka gunakan.

Kempen boikot produk asing di China bukanlah perkara baru. Pada tahun 2012 peningkatan ketegangan China-Jepun ke atas Kepulauan Diaoyu yang dipertikaikan telah menyebabkan protes jalanan anti-Jepun yang ganas di China dan kempen meluas untuk memboikot barangan Jepun.

Pembuat kereta dan elektronik Jepun utama terpaksa menutup kilang-kilang mereka di China buat sementara waktu.

KREDIT: SOUTH CHINA MORNING POST

Google ads
Back to top button