Buletin

MAZDA CX-30 RASMI DILANCARKAN. 3 VARIAN, BERMULA RM143K SEUNIT

Bermaz Motor hari ini secara rasmi melancarkan SUV terbaharunya, Mazda CX-30 2020.

Diposisikan di antara model CX-3 dan CX-5, SUV itu didatangkan dalam 3 varian dan ditawarkan pada harga berikut:

Pemanduan Jinba-Ittai

Kualiti pemanduan Jinba-Ittai Mazda diteruskan pada CX-30. Anda boleh memiih di antara enjin petrol Skyactiv-G 2.0 atau enjin diesel Skyactiv-D 1.8 liter. Enjin petrol Skyactiv-G 2.0 menawarkan kuasa 162hp dan tork 213 Nm.

Sementara enjin diesel turbo pula mampu menjana kuasa114hp dan tork 270Nm. Kedua-dua enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan.

Rekaan luaran

Sejak diperkenalkan pada taihun 2010, reka bentuk Kodo – Soul of Motion dilihat telah berjaya menaikkan jenama Mazda di seluruh dunia. Falsafah rekan itu kini dlihat semakin matang dan membuatkan kenderaan Mazda seperti satu karya seni.

Menjadi model kedua yang tampil dengan rekaan Kodo terbaharu, CX-30 tampil dengan konsep reka bentuk badan “Charge and Release”. Bahasa rekaan itu diambil daripada berus yang digunakan dalam kaligrafi Jepun.  

Bahagian bawah badan dipasang cladding berwarna hitam untuk menyerlahkan lagi karekternya sebagai sebuah SUV dengan perkasaran sebuah coupe.

Mazda CX30

Lampu utama dan belakang LED kini lebih nipis dengan perincian yang membuatkannya kelihatan cukup mewah.

Ruang kabin

Seperti yang boleh anda harapkan, ruang dalaman CX-30 tampil dengan rekaan minimalis yang disempurnakan lagi menerusi penggunaan material berkualiti tinggi.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ia merupakan ruang kabin yang paling cantik dalam kelasnya. Papan pemuka dihuni oleh skrin sentuh bersaiz 8.8 inci yang menjadi sebahagian daripada sistem Mazda Connect.

Pemandu boleh mengawal pelbagai sistem kenderaan menerusi dial Commander Control dan arahan suara. Menerusi fungsi AppleCarPlay dan Android Auto, anda boleh menyambungkan telefon pintar dengan mudah.

Keselamatan

CX-30 hadir bersamarangkaian penuh sistem keselamatan termaju. Sistem keselamatan standard yang ada pada CX-30 termasuklah 7 beg udara, brek ABS, Dynamic Stability Control (DSC), Traction Control System (TCS), Emergency Stop Signal (ESS) dan Hill Launch Assist (HLA).

Ia juga dilengkapi sistem keselamatan aktif i-Activsense yang merangkumi Driver Attention Alert (DAA), Adaptive Front-Lighting System (AFS), High Beam Control (HBC), Blind Spot Monitoring (BSM) dengan Rear Cross-Traffic Alert (RCTA), Lane Departure Warning System (LDWS) dengan Lane-Keep Assist System (LAS), Front & Rear Smart Brake Support (SBS) dan Mazda Radar Cruise Control (MRCC).

CX-30 datang dalam bentuk import sepenuhnya (CBU) dari Jepun. Pelanggan boleh memilih warna yang menarik seperti merah, kelabu, biru, perak, putih Mutiara, titanium dan kelabu metalik.

Tags
Google ads
Back to top button