
BOLEH KE ENJIN MOTOR EX5 PASANG KAT KERETA?
Enjin motosikal biasa seperti kapcai mungkin tidak berapa berkuasa sebenarnya, dengan sekadar 100cc satu silinder SOHC kemungkinan besar anda nak dapat 100km/jam pun mungkin ketika menuruni bukit. Tapi enjin motosikal biasa menghasilkan power to weight ratio yang bagus sebab ia lebih ringan
Sebab itu sestengah motosikal boleh memecut dengan laju mengalahkan kereta sedan biasa. Tapi boleh ke enjin motosikal digunakan untuk kereta biasa? Jawapan pendek ialah boleh, tapi dengan syarat kena guna enjin yang berkuasa tinggi dan bukannya enjin EX5.
1. Light Car Company Rocket – syarikat ini diasaskan oleh jurutera F1, Gordon Murray dan bekas pelumba Christ Craft bagi menghasilkan kereta sport ulta ringan yang lulus untuk kegunaan jalan raya biasa. Produk pertama syarikat ini ialah Rocket yang hanya seberat 389kg sahaja tapi berupaya dipandu selaju 230km/jam
Ia dikuasakan dengan enjin Yamaha 1000cc 4 silinder sejukan air yang dipasang secara MR (mid engine rear wheel drive) menghasilkan 143 kuasa kuda atau 165 kuasa kuda mampu memecut 0-100km/jam dalam masa 4 saat sahaja. Tapi sayangnya ia hanya berupaya membawa seorang penumpang sahaja dalam satu masa
2. Caterham 7 Balckbird – direka oleh Colin Chapman sekitar 1950an, Lotus 7 ialah kereta lumba yang sebenarnya lulus untuk digunakan atas jalan raya cukup-cukup masa sahaja. Pada asalnya ia direka sebagai kereta kit perlumbaan tapi menjadi produk Lotus paling laris
Apabila Seven ditamatkan pengeluaran, hak cipta dan rekaan Seven dibeli oleh Caterham iaitu salah satu pengedar Lotus yang lemudian menghasilkan Caterham 7. Tapi antara perkara yang paling gila dibuat ialah dengan memuatkan enjin Suzuki Hayabusa Blackbird pada model ini
Enjin 4 silinder DOHC 1137cc ini menghasilkn 164 kuasa kuda dan 126Nm tork sudah cukup untuk membuatkan Caterham 7 dengan seberat 440kg memecut dari 0-100 dalam masa 3.5 saat sahaja. Kelebihan kereta ini ialah ia berupaya membawa 2 penumpang dalam satu masa.
3. Ariel Atom 500 V8 – dihasilkan oleh Ariel Motor Company dan digandingkan dengan beberapa pilihan enjin termasuk enjin Honda K20C. Namun enjin yang paling berkuasa ialah varian 500hp yang dijana dengan menggunakan 2 enjin Suzuki Hayabusa
Enjin 3000cc dalam konfigurasi V8 ini menghantar semua kuasa pada tayar belakang bagi membolehkan pecutan 0-96km/h dalam masa 2.3 saat. Enjin ini sebenarnya dihasilkan dengan menggabungkan 2 unit enjin Suzuki Hayabusa di bahagian aci engkol. Halaju tertinggi kereta ini ialah 275km/jam
4. Radical SR3 – dihasilkan oleh jururekabentuk jentera perlumbaan Mike Pealbeam, dihasilkan untuk perlumbaan kelas C3 oleh FIA. Namun pada tahun 2009, varian SL (Street Legal) dihasilkan dengan berat maksimum 600kg sahaja
Varian ini kemudian dikenali dengan nama SR3 dihasilkan dengan teknik cesi spaceframe dan ditutup dengan panel badan polyester. Ia dihasilkan dengan varian RS 1300, RS 1500 Turbo dan RSX yang menggunakan enjin Suzuki Hayabusa dengan menjana kuasa sehingga 256 kuasa kuda. Pecutan 0-100 dibuat dalam masa 3.1 saat dan halaju tertinggi mencapai 250km/jam


