
KERANA LAMPU SULUH, RUGI RM 66 JUTA
Sebuah pesawat F-35A milik US Air Force mengalami kerosakan hampir RM 66 juta disebabkan seorang mekanik yang bertugas tercicir lampu suluh dan disedut dalam enjin pesawat. Kejadian malang ini berlaku pada 15 Mac 2023 di Luke Air Force Base di Arizona
Ketika kejadian 2 mekanik yang bertugas dengan 62nd Aircraft Maintenance Unit di bawah 56th Fighter Wing sedang melakukan pemeriksaan pada pesawat F-35A yang bernombor 14-5103. Dalam prosedur ini, mekanik bertugas untuk memasang metering plug pada paip bahan api dan memeriksa sekiranya wujud kebocoran pada bahagian tersebut semasa enjin dihidupkan
Prosedur pemeriksaan memerlukan mekanik untuk melakukan ujian dalam keadaan enjin melahu, tetapi selepas 7 minit sensor enjin mengesan terdapat satu objek asing di bahagian kemasukan dan juga ekzos. Enjin F35A ini terus dihidupkan selama 5 minit lagi bagi mengesan kebocoran dan tiada lagi objek asing dikesan.
Malangnya ketika enjin dimatikan, terdapat bunyi yang pelik dihasilkan oleh enjin semasa spin-down. Ketika inilah 2 mekanik mendapati bilah enjin F35A ini telah rosak teruk dan satu lampu suluh ditemui dalam enjin pesawat mengakibatkan kos pembaikan sehingga RM 66 juta
Lampu suluh yang ditelan oleh enjin tadi merosakkan bilah nombor 2, 3, 5 dan 6, muncung suapan bahan api, bypass duct, kompresor tekanan tinggi dan fan inlet variable vane, Keadaan ini menyebabkan enjin F35A ini perlu digantikan secara keseluruhan
Antara punca kerosakan ialah peralatan pemeriksaan yang tidak lengkap yang menjurus kepada penggunaan lampu suluh dan kegagalan mekanik untuk memenuhi peraturan SOP bagi menghidupkan enjin. Mekanik juga gagal mematuhi SOP yang meminta supaya tiada objek asing diletakkan pada bahagian depan enjin
Sistem pengesanan objek Autonomic Logistics Information System atau ALIS juga gagal memberitahu sebarang anomali secara real time kepada mekanik menyebabkan satu lagi punca kepada insiden ini.

