Artikel Pilihan

CARA ELAK DARI ‘HANYUT’ BILA MEMANDU JARAK JAUH PADA WAKTU MALAM

Ramai pemandu yang memilih untuk memandu pada waktu malam jika ingin balik kampung, outstation ataupun jika terpaksa membuat perjalanan jarak jauh. Faktor utama mungkin ingin mengelak kesesakan pada waktu puncak, kurang panas dan kurang gangguan daripada anak-anak (biasanya budak-budak tidur terus kalau berjalan malam).

Cuma satu je masalahnya, mengantuk ataupun perasaan ‘hanyut’ akibat kurang tidur/rehat dan tidak biasa memandu jauh pada waktu malam. Ia sangat merbahaya dan mampu menyebabkan kemalangan kerana pemandu hilang fokus. Tak boleh nak bayangkan kemungkinan yang boleh berlaku.

Jadi mari kita tengok beberapa tips yang boleh dilakukan untuk mengelak dari hanyut atau mengantuk jika membuat perjalanan di malam hari.

  1. Jangan memandu sendirian

Anda mungkin seorang yang gemar memandu sendirian tapi kalau boleh elakkan dari memandu sendirian waktu malam untuk perjalanan jauh. Bukan sebab takutkan gangguan jembalang atau hantu puaka tetapi untuk mengelakkan anda bosan seterusnya menjadi punca utama mengantuk.

Kalau ada kawan boleh jugak bersembang kan? Nak lagi best cerita pasal benda-benda seram yang berlaku di laluan korang tu. Mau berdiri bulu ketiak masing-masing. Tapi pastikan kawan tu bukan jenis masuk kereta berdengkur terus. Itu tak guna satu sen pun.

2. Memandu secara bergilir

Berkait juga dengan fakta pertama tadi. Pemanduan jarak jauh memang sangat meletihkan jadi dengan adanya teman perjalanan anda, apa salahnya korang membuat giliran memandu. Bas ekspres pun diwajibkan mempunyai dua orang pemandu untuk mengelakkan kemungkinan seperti ini. Lagi selamat.

3. Jauhkan pengambilan alkohol

Bagi orang Islam ia dah terang-terang arak tu haram. Bagi yang bukan Islam, semua orang tahu yang pengambilam minuman beralkohol sewaktu memandu adalah diharamkan. Jika anda menunggang arak sambil memandu, tindak balas anda akan menjadi semakin perlahan sebelum mula hanyut dan lagi teruk lagi jika anda mabuk terus.

Kalau korang mabuk dan terjumpa dengan Abang Japar memang dia terajang je pusat korang.

4. Tidur secukupnya sebelum memulakan perjalanan

Ini memang sangat penting. Kalau tidur pun tak cukup macam mana nak elak dari mengantuk. Jadi pastikan korang berehat dan tidur secukupnya sebelum memulakan perjalanan. Barulah mata tu cerah dan badan pun tak lesu sangat sewaktu memandu.

5. Sedikit kafein boleh membantu keadaan

Ini rasanya dah ramai yang tahu. Secawan kopi mungkin akan membuatkan anda lebih bertenaga dan cergas. Tapi jangan la balun sampai satu teko, nanti tak sampai lima kilometre korang dah berlari tepi jalan nak buang air.

6. Berhenti

Berhenti ialah perkara terbaik untuk korang lakukan jika mula mengantuk dan tiada teman untuk bergilir memandu. Cari tempat selamat dan lelapkan mata secukupnya. Kalau nak cepat sampai tetapi berlaku kemalangan satu sen pun tak guna sebenarnya tuan-tuan. Mintak dijauhkanlah.

7. Berhati-hati dengan tanda-tanda ini:

  • Anda menguap tanpa henti
  • Anda lupa lokasi anda sebelum ini (contohnya nak balik Kelantan tapi lupa Bentong dah lepas ke belum?)
  • Susah nak fokus dan celikkan mata.
  • Terlepas simpang ataupun papan tanda jalan.
  • Anda mendapati kereta anda berada terlalu dekat dengan kereta di hadapan anda.

Kalau ada tanda-tanda di atas tu memang sahlah korang tengah hanyut dan mengantuk. Bertindak segera dan ikuti langkah-langkah yang kami cadangkan di atas. Pandu dengan cermat dan ingat orang tersayang.

Google ads
Back to top button