Buletin

BMW CUBA HALANG BEKAS KAKITANGANNYA SERTAI AUDI SEBAGAI CEO

MInggu lalu, dilaporkan bahawa Audi akan melantik bekas pengarah jualan BMW, Markus Duesmann sebagai CEO Audi bagi menggantikan posisi yang dikosongkan Stadler. 

Ketua Pegawai Eksekutif Audi, Rupert Stadler telah ditangkap pada bulan lalu kerana didapati bersalah dalam skandal Dieselegate Volkswagen dan sedang menjalani hukuman penjara.

Deusmann dilaporkan akan mula berkhidmat pada 1 Januari 2019. Kontraknya dengan BMW belum tamat sehingga musim luruh ini. Ia mungkin juga termasuk dalam klausa yang menghalangnya daripada bekerja untuk pesaing dengan serta-merta. Terdapat tempoh ‘berehat’ yang sepatutnya.

Namun berita terbaru yang dipetik portal Jerman FAZ, BMW dalam usaha menghalang Deusmann menerusi akta persaingan (non compete act). Jika berjaya, Deusmann hanya boleh berkhidmat di Audi pada Oktober 2020.

BACA: BEKAS EKSEKUTIF VW DIPENJARA 7 TAHUN

Duesmann ialah seorang jurutera mekanikal dan telah bekerja di BMW sejak tahun 2007. Sebelum itu, beliau bekerja di Mercedes-Benz sebagai ketua enjin bagi divisyen Formula 1.

Buat masa ini, CEO Audi masih kosong dan posisi tersebut disandang sementara oleh Ketua unit Jualannya, Bram Schot.

Google ads
Back to top button