Buletin

KENARI DATANG LAGI!

Sejak produksi Perodua Kenari dihentikan pada 2009 (2000-2009), pembeli kereta K-Car kehilangan satu segmen di pasaran.

Daihatsu-Move-2016-mekanika (4)

Model Kenari penting untuk mengisi segmen yang kosong DI antara Axia (dulu Viva) dan Myvi. Perodua sudah pun hilang pasaran untuk urban SUV Kembara (1998-2008). Walaupun menggantikannya dengan Nautica, kereta yang diimport dari Jepun itu ternyata terlalu mahal untuk dijual kepada pembeli Perodua.

Kebelakangan ini, angin sepoi-sepoi bahasa bertiup bahawa Kenari bakal muncul semula. Beberapa gambar risikan tersebar. Daihatsu Move generasi keenam dilihat memakai nombor pendaftaran ketika diuji di jalan raya di Malaysia. Sama ada diuji pandu atau sedang dalam proses mendapat kelulusan, kami tidak dapat pastikan.

Daihatsu-Move-2016-mekanika (2)

Faktanya, jika Kenari hendak dipasarkan semula, Perodua sudah pasti akan menggunakan model Move generasi keenam DBA-LA150 sebagai asas. Di sini ialah beberapa contoh model yang berkemungkinan digunakan sebagai gantian Kenari. Jika mengikut profil mutakhir Axia (Daihatsu Ayla), tak banyak perubahan struktur yang dilakukan.

Di Jepun, Daihatsu Move ada lebih 15 varian berbeza. Gred dibahagikan mengikut enjin dan pacuan roda. Model asas gred L 2WD dengan enjin 660 aspirasi biasa berkuasa 52PS  dijual pada harga 1.2 juta Yen (RM42,930). Spesifikasi model asas ini termasuklah kelengkapan seperti push start button, ABS dan VSC.

Daihatsu-Move-2016-mekanika (3)

Sementara model paling tinggi iaitu varian Move Custom bermula dengan gred X turbo 64PS berharga 1,382,400 yen (RM49,062). Kedengaran agak mahal tetapi gred ini mempunyai hampir semua aksesori Toyota Vellfire gred premium seperti lampu DRL depan bersama grill LED, rim 15 inci (model biasa 14 inci), ABS, VSC  dan sebagainya. Ada juga model sisipan seperti edisi GOLD sempena 20 tahun kelahiran Kenari. Eh silap, Move.

Kalau mengikut susur-galur Perodua, adalah mustahil kita akan terima enjin 660cc N/A JDM yang lemau itu. Calon terdekatnya sudah pasti enjin 1KR DE2 66PS dengan 90Nm tork daripada Perodua Axia. Rasanya enjin ini juga kekal dengan 5 kelajuan manual atau automatik 4 kelajuan.

Daihatsu-Move-2016-mekanika (1)

Untuk varian pula, lebih bagus kalau terus perkenalkan gred macam Daihatsu di Jepun. Masa Kenari model pertama dulu pun tak ada model sporty. Kemudian lahir Kenari Aerosport (daripada idea Move Aerodown) dan akhirnya keluar Kenari RS (model Move RS). Kan senang kalau launch terus ada model Kenari Move RS atau American Metal misalnya? Kenari Latte atau Gold Edition?

Daihatsu-Move-2016-mekanika (6)

Apa lagi nak harap pada Kenari baru?

  1. Blower pendingin hawa mestilah minimum 4 kelajuan sama macam Axia. Kalau masih kekalkan ciri pada Kenari dengan 3 kelajuan, sangatlah terseksa bila EL Nino melanda.
  1. Gear kolum/papan pemuka dan brek parkir di kaki. Gear begini lebih praktikal kerana majoriti format K-Car memiliki reka bentuk ini. Ia dapat memaksimakan ruang dan kerusi bahagian hadapan boleh disambungkan terus. Ruang lantai hadapan juga bertambah.
  1. ABS bagi sahaja sebagai peralatan standard. Anggaplah sebahagian CSR. Boleh ke?

Selain Kenari, khabarnya ada juga ura-ura Perodua nak perkenalkan Copen. Baby roadster ni mungkin tak dapat dijual murah, tapi kalau ada baguslah juga makin meriah pasaran. Tak tahu benar atau tidak. Jadi, kita tengok sahaja lah nanti.

Google ads
Back to top button