Buletin

NADA DERING EKZOS MUSTANG 2018 UNTUK TELEFON PINTAR ANDA

Kadang-kadang, kita sudah bosan dengan nada dering atau muzik yang ada di dalam telefon bimbit. Tidak perlu risau lagi kerana pasukan jurutera Ford ada penyelesaian untuk kita semua.

Pasukan jurutera itu memasang mikrofon pada sebuah Mustang 2018 yang dilengkapi ekzos prestasi injap aktif serba baharu. Ia bagi merakam bunyi ekzos tersebut dan menawarkannya sebagai nada dering telefon pintar yang boleh dimuat turun secara percuma.

Audio itu memainkan bunyi ekzos dalam mode trek, ketika kereta itu memecut pada kelajuan mencecah 250km/j. Anda boleh memuat turun nada dering itu di SINI. Tidak kira apa peranti yang anda gunakan, kilik tiga butang di bawah bar komen untuk melihat tab ‘Download’.

Abang Japar belum cuba lagi sebab sekarang masih guna Nokia 3310. Kalau korang berjaya muat turun, sila kongsikan pengalaman anda.

“Dalam mode di litar, enjin kereta ini akan mengaum tipikal sebuah Mustang. Nada dering baru ini memang satu cara terbaik untuk para peminat menikmatinya,” kata jurutera pembangunan ekzos Ford, Matt Flis.

Ekzos prestasi injap aktif yang ada pada model Mustang GT dengan enjin V8 menawarkan pemandu kawalan lebih baik ke atas sistem output auditory. Selain mempunyai keupayaan asas on/off seperti kereta sports yang lain, sistem ekzos itu menggunakan injap aktif untuk menghasilkan rangkaian bunyi lebih luas. Ia bukan sekadar bergantung kepada talaan mode ekzos, malah rpm enjin dan kelajuan.

“Kami mencipta sistem ini untuk memberikan pelanggan pengalaman bunyi yang mengujakan ketika memandu sebuah Mustang. Keterujaan sebenar yang bukan sahaja anda boleh rasa, tetapi dengar,” jelas Ketua Jurutera Mustang, Carl Widmann.

Biarpun bunyi ekzos boleh diubah mengikut mode yang spesifik. Pemandu juga boleh mengubah suai dengan cara menggunakan menu mode ekzos atau talaan MyMode.

Best juga ada nada dering macam ni. Jangan lupa silence masa nak sembahyang Jumaat. Terkejut tok imam nanti. Selamat mencuba!

BACA: TAK DAPAT WILDTRAK, FORD RANGER 2.2L FX4 PUN OK

BACA: LELAKI BERUSIA 110 TAHUN INI IALAH PEMINAT FORD SEJATI

Google ads
Back to top button