Buletin

PARAMOUNT NETWORK BAKAL TERBITKAN DOKUMENTARI I AM PAUL WALKER

Paramount Network dilapor sedang menghasilkan sebuah dokumentari tentang bintang filem francais Fast and Furious, Paul Walker.

Dokumentari itu  akan diarahkan oleh Adrian Buitenhuis yang sebelum ini cemerlang dalam menghasilkan dokuentari, I Am Ledger.  I Am Ledger mengisahkan sisi kehidupan pelakon hebat Heath Ledger yang meninggal dunia pada 2008 ketika berusia 29 tahun.

Bertajuk I Am Paul Walker, dokumentari itu akan melihat kepada kehidupan Walker sebagai bintang filem serta pelbagai minatnya di luar Hollywood. Ini termasuklah kerja-kerja pemuliharaan laut dan usaha Walker membantu membina kembali Haiti selepas dilanda gempa bumi.

Ia akan menampilkan temubual dengan pelakon, ahli keluarga dan rakan-rakan rapatnya.

Kematian Paul Walker pada tahun 2013 mengejutkan peminatnya di seluruh dunia dan memaksa siri Fast and Furious menukar semula jalan ceritanya. Dia meninggal dunia apabila sebuah Porsche Carrera GT yang dipandu oleh rakan rapatnya, Roger Rodas terlibat dalam kemalangan.

Pada ketika itu, penggambaran filem Furious 7 masih belum siap sepenuhnya. Justeru, insiden itu memaksa penerbit menggunakan CGI dan meminta adik-beradik Caled dan Cody Walker berlakon dalam beberapa adegan penting.   

BACA: INI SEBABNYA KENAPA FILEM FAST & FURIOUS 9 DITUNDA SEHINGGA 2020 

Walker cukup terkenal kerana memainkan peranan seorang polis bernama Brian O’Connor. Dia memulakan kerjaya lakonan dengan menjadi pelakon undangan TV dalam beberapa rancangan seperti The Young and the Restless dan Touched by an Angel.

Walker kemudian terjun dalam dunia filem apabila membintangi beberapa buah filem seperti The Skullsand Joyride, Into the Blue, Flags of our Fathers, Bobby Z, Pleasantville, Varsity Blues, She’s All That dan banyak lagi.

I Am Paul Walker diterbitkan oleh Derik Murray, individu yang bertanggungjawab menerbitkan beberapa dokumentari serupa. Antaranya ialah I Am Dale EarnhardtI Am Evel Knievel dan I Am JFK Jr.

Dokumentari ini dijadual ditayangkan pada musim panas depan.

Google ads
Back to top button