Buletin

VW PASSAT B8 – SASAR JUALAN 100 UNIT SEBULAN

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) malam semalam melancarkan model utamanya, Passat serba baharu secara rasmi.

Hadir dalam tiga varian, Passat ditawarkan pada harga RM159,990 untuk Trendline, RM179,990 (Comfortline) dan RM198,990 bagi model tertinggi, Highline.

vw-passat-b8-launch-2016-mekanika-1

Generasi kelapan model terlaris yang mencatat jualan lebih 20 juta unit di seluruh dunia itu menampilkan reka bentuk luar biasa, enjin yang ekonomikal dan teknologi tercanggih.

Passat mula diperkenalkan di pasaran Malaysia pada tahun 2006. Pada tahun 2011, Passat generasi ketujuh menjadi kenderaan Volkswagen pertama yang dipasang tempatan di kilang DRB-Hicom di Pekan.

 vw-passat-b8-launch-2016-mekanika-5

Enjin dan Prestasi

Sebuah kereta yang benar-benar berkuasa, Passat menggabungkan enjin TSI pengecas turbo bersesaran 2.0 liter dengan kotak gear direct shift (DSG) 6-kelajuan untuk menawarkan ouput kuasa mengagumkan iaitu 220PS dan tork 350Nm di antara putaran enjin 1,500 hingga 4,400rpm.

Enjin sama yang dipasang pada model Golf GTI tetapi telah menerima talaan berbeza itu menawarkan pecutan luar biasa 6.7 saat dari 0 hingga 100km/j dengan bacaan penggunaan bahan api sekitar 6.2l/100km.

Untuk enjin TSI bersesaran 1.8 liter pula (varian Trendline dan Comfortline), ia dikatakan mampu menjana kuasa sehingga 180PS dan trok 250Nm @ 1,250 hingga 5,000rpm.

vw-passat-b8-launch-2016-mekanika-7

Sistem hiburan dipertingkat

Sistem infotaimen Passat menawarkan pemandu dengan pilihan ketersambungan yang luas dan navigasi lebih mudah. Sistem Paparan Info Aktif, satu kluster instrumen digital sepenuhnya yang beresolusi tinggi, interaktif dan boleh diubah suai menggantikan instrumentasi tradisional.

Terdapat lima tema yang telah ditetapkan serta mode pemanduan berbeza untuk memenuhi keperluan pemandu – Classic, Eco Mode, Driving Assistance Mode, Fuel Consumption Mode dan Navigation Mode.

Ciri-ciri lain termasuklah pilihan ketersambungan yang luas menerusi satu paparan skrin sentuh. Unit utama itu juga menyokong paparan kamera undur, menu kereta yang lengkap dan sistem infotaimen. Sistem MirrorLink pula memudahkan operasi telefon pintar untuk pemanduan yang lebih mengujakan.

vw-passat-b8-launch-2016-mekanika-2

Kecekapan

Passat kini lebih cekap dengan fungsi start/stop, brek janaan semula tenaga dan rekaan yang aerodinamik untuk menawarkan penjimatan bahan api luar biasa.

Fungsi start/Stop akan mematikan enjin apabila kereta berada dalam keadaan pegun dan menghidupkannya kembali apabila anda mula bergerak. Manakala ciri brek janaan tenaga pula mengitar semula tenaga yang hilang, menyimpan dan menggunakannya untuk memecut. Tayar yang mempunyai tahap halangan pusingan rendah digunakan untuk memberikan Passat kecekapan tenaga dan penjimatan bahan api secara keseluruhannya.

vw-passat-b8-launch-2016-mekanika-3

Ciri-ciri Keselamatan

Keselamatan ialah aspek penting pada semua kenderaan Volkswagen. Passat dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan utama seperti Lane Assist, Dynamic Chassis Control (DCC), Automatic Post-Collision Braking System dan Electronic Differential Lock (XDS). Ciri lain termasuklah enam beg udara, Electronic Stability Control (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Brake Assist (BA), Intelligent Crash Response System (ICRS) dan Hill-hold Control.

Menyedari tentang keperluan keselamatan kanak-kanak, Passat dilengkapi dengan tingkap kuasa anti-pinch dan cagak ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak.

vw-passat-b8-launch-2016-mekanika-12

Kemudahan

Untuk kali pertama di dalam sebuah kenderaan Volkswagen di Malaysia, Passat hadir dengan ciri Easy Open – alat pengesan tanpa kunci yang mengawal dan membuka ruang kargo belakang secara automatik apabila mengesan pergerakan kaki pemandu. Ketinggian bukaannya juga boleh diubah suai mengikut keperluan.

Ruang dalaman

Ruang kabin Passat menempatkan pelbagai ciri astetik dan fungsi seperti sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin KESSY. Selain stereng multi-fungsi yang dibalut kulit bersama paddle shifter untuk memudahkan pemandu menukar haluan ketika memandu.

Ciri-ciri lain termasuklah cermin pandang belakang anti silau automatik, kawalan jelajah, tingkap kuasa automatik, kawalan suhu 3 zon dan Park Assist. Kawasan tersebut diserlahkan lagi dengan kemasan kayu “Brilliant Pine” yang mewah. Passat dipasang dengan upholsteri tempat duduk separuh kulit. Di samping perehat tangan yang boleh dilaras bersama corong pendingin hawa, tempat duduk pemandu yang boleh dilaras 12-cara serta sistem pendingin hawa “Climatronic” dengan kawalan suhu 3 zon untuk keselesaan semua penumpang.

vw-passat-b8-launch-2016-mekanika-4

Luaran

Passat dipasang dengan rim aloi “Dartford” bersaiz 18 inci dan lampu utama LED adaptif. Ciri ini meningkatkan tahap pandangan pemandu dalam apa jua kondisi cuaca. Satu lagi penambahan padanya ialah sistem cucian lampu utama untuk memberi kemudahan dan menambah baik tahap penglihatan.

Bermula 1 September 2016, semua kereta Volkswagen hadir bersama jaminan pengeluar dan bantuan tepi jalan selama lima tahun. Jika membeli Passat sebelum hujung tahun ini,  anda layak menikmati servis percuma selama lima tahun!

Passat serba baharu boleh didapati dalam tujuh warna iaitu putih, hitam, perak, kelabu, merah, coklat dan biru. Tempahan dan pandu uji sudah boleh dibuat di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button