Artikel Pilihan

CADILLAC CT5-V – SEDAN PREMIUM GAYA AMERIKA

Jikalau kita mempunyai sketipal tentang jenama Cadillac yang lebih menumpukan SUV bersaiz penuh, tapi jangan kita lupa bahawa mereka juga handal dalam pengeluaran model sedan. Inilah dia Sedan Premium Sporty baharu, Cadillac CT5-V. Bukan lagi tipikal Sedan Premium yang biasa.

Pengenalan model Cadillac CT5-V ini sebenarnya turut diperkenalkan sekali dengan model biasa, Cadillac CT5. Suka untuk BK kongsikan bahawa pengenalan Siri V dalam keluarga Cadillac ini bermula sewaktu model CT6-V pada tahun 2019. Sudah pasti Siri V ini akan mengangkat mana mana model dalam keluarga Cadillac kepada sebuah kereta berprestasi premium.

Rekaan luaran model baharu ini memang tampak elegan untuk dipandu oleh bos bos yang mudah serta mahukan sesuatu yang lebih sporty. Bukan hanya setakat penampilan luaran sahaja. Berbanding model standard CT5, untuk model ini bahagian bampar dan gril telah direka semula bagi membolehkan lebih banyak aliran udara masuk ke dalam bahagian dalam enjin. Penggunaan rim bersaiz 19 inci berjaya memberikan lebih imej sporty yang diperlukan terhadap model Siri V ini.

Sebagai sebuah model berprestasi tinggi, pilihan enjin 3.0 Twin Turbo V6 dengan kuasa 355 hp sudah semestinya cukup ideal berbanding model standard yang hanya menggunakan enjin 2.0 Twin Turbo. Enjin yang power ini dipadankan pula dengan kotak gear auto 10 kelajuan.

Dan untuk model Siri V ini, ianya turut dilengkapi dengan Magnetic Ride Control 4.0 yang mana tahap keselesaan pemanduan dan penumpang langsung tidak berkompromi dengan prestasi kereta. Cukup selesa dan laju orang kata. Aspek keselamatan juga tidak dipinggirkan begitu sahaja. Tugas memberhentikan kereta yang laju ini telah diserahkan kepada Brembo. Selain itu, CT5-V ini turut dilengkapi dengan Super Cruise, teknologi pemanduan bebas tangan untuk lebuhraya terpilih meliputi jarak sehingga 130,00 batu di Amerika sahaja. Bolehlah memandu sambil makan makan ke kan?

Kereta Sedan Premium Sporty ini sebenarnya sudah boleh ditempah oleh rakyat Amerika dengan harga $48,630 (RM209,643). Kereta yang sememangnya dicipta untuk pemandu tetapi dalam yang sama tidak berkompromi dengan keselesaan penumpang di belakang.

BACA : ADA APA DENGAN THE BEAST – SI CADILLAC ONE

BACA : CADILLAC ESCALADE BAHARU – INI BARULAH SUV GAYA LEBIH AMEEREKA

Tags
Google ads
Back to top button