Buletin

CALLUM LOUNGE CHAIR, 50 UNIT TERHAD, RM45.5K!

Satu daripada pereka kenderaan terkenal pada masa kini ialah Ian Callum CBE. Hasil tangan beliau boleh dilihat pada beberapa model dengan gayaan tersendiri seperti Aston Martin Vanquish, Vantage, DB9, Jaguar F-Type, F-PACE, XJ dan I-PACE. 

Selain itu, beliau salah seorang daripada pengasas CALLUM, sebuah firma yang terlibat di dalam bidang reka bentuk dan kejuruteraan yang menghasilkan produk khas dan edisi terhad.

Apa projek terbaru CALLUM? 50 kerusi terhad CALLUM Lounge Chair yang ditawarkan pada harga 8,500GBP (RM45,523.59) setiap satu.

Menurut Callum, kerusi ini diinspirasi dari Eames Lounge Chair dan Ottoman 1956 dan carian di internet menunjukkan ianya pilihan tepat dengan reka bentuk yang elegan dan ada kelas.

Dari segi reka bentuk, kerusi ini sememangnya tampil menarik dengan membawa aura klasik dan dibawa ke masa sekarang.

CALLUM Lounge Chair menggunakan struktur daripada gentian karbon dengan cangkerang kayu lapis dan lapisan kayu putih (eucalyptus) dan balutan kulit khas.

Kemasan gentian karbon digabung bersama cangkerang kayu pada bahagian otoman, sandaran dan tempat duduk.

Tapak kerusi berbentuk bintang pula diperbuat daripada aluminium tuangan dan disiapkan dengan tangan bagi menyamai warna tulang belakang gentian karbon.

Untuk kemasan kulit, Callum dan kakitangannya telah memilih sepuluh pilihan dengan yang pertama dalam warna Delta Blue dari Weir Leather.

Walaupun baru diperkenalkan, sejumlah kerusi telah pun ditempah pelanggan dan pengeluaran dijadual bermula pada Januari 2023.

BACA: BAGAIMANA BASF & TOYOTA BUAT? KERUSI SIENNA 30% LAGI RINGAN!

BACA: DARI BOTOL PLASTIK JADI FABRIK BALUTAN KERUSI AUDI A3!

BACA: INI PANDANGAN PEGUAM TENTANG PENGGUNAAN KERUSI KANAK-KANAK

Google ads
"
"
Back to top button