Motosikal

VMOTO TCMAX, CPX PRO LANCAR DI MALAYSIA – TORK SEHINGGA 258NM, DARI RM19,900

Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd (NH EV Tech) telah memperkenalkan dua motosikal elektrik untuk pasaran tempatan menerusi jenama VMoto. 

VMoto TCMax dan CPx Pro kini boleh didapati pada harga RM19,900 dan RM25,900

VMoto TCMax

Dari segi penggayaan, TCMax merupakan motosikal gaya ala ‘cafe racer’ dengan lampu LED bulat dan dikuasakan motor elektrik yang menjana 5.1kW (6.8hp) dan 160Nm. Motosikal ini mengguna pakai bateri lithium polimer 72V 45 Ah 3.24 kWh. 

Menurut NH EV Tech, TCMax boleh dicas menerusi sumber AC yang dibekalkan bersama motosikal dan memerlukan masa 4.5 jam untuk cas penuh (dari kosong). 

Atas kertas, VMoto TCMax boleh mencapai kelajuan sehingga 95km/j dan boleh berjalan sejauh 130km dengan setiap cas penuh. Seperti motosikal elektrik konvensional lain, motosikal ini juga menggunakan sistem belt sebagai penggerak. 

Antara ciri ditawarkan termasuk:

  • rim 17-inci 
  • cakera brek depan dan belakang
  • sistem CBS
  • meter analog dan LCD

VMoto CPx Pro

VMoto CPx Pro pula menampilkan gaya sebuah skuter dan menempatkan dua bateri 60V 45Ah yang boleh dialihkan.  Susulan penggunaan bateri yang lebih besar, CPx Pro ini mampu berjalan sejauh 220km dan hanya memerlukan 3.5jam untuk cas penuh dengan pengecas AC. 

Skuter elektrik ini dikuasakan motor elektrik yang menjana 8kW (10.7hp) dan 258Nm dan mampu merekodkan kelajuan sehingga 105km/j.  Menariknya, skuter ini juga ada fungsi undur bagi memudahkan pengguna.

Seperti TCMax, CPx Pro juga dilengkapi dengan cakera brek depan dan belakang. 

GALERI: VMoto TCMax dan CPx Pro

Google ads
Back to top button