
ZF AFTERMARKET LANCAR PRODUK BAHARU, SESUAI IKLIM DAN KONDISI JALAN RAYA ASEAN
ZF Aftermarket, terkenal dengan solusi-solusi sistemnya yang komprehensif, telah telah melancarkan sekumpulan produk baharu.
Dengan legasinya yang cemerlang dalam arena e-mobiliti dan juga digitalisasi, produk baharu ZF Aftermarket dirumus khas bagi memenuhi standard keperluan kenderaan komersial.
SACHS, Sistem Klac Inovatif:
Mengintegrasikan teknologi kejituan Jerman pemahaman pasaran tempatan, sistem klac terbaharu ini menaikkan tanda aras bagi kecekapan operasi dengan interval penggantian lebih lama yang menjangkau 700,000km, mencerminkan komitmen ZF Aftermarket terhadap kecekapan, ketepatan dan prestasi berkekalan.
SACHS, Penyerap Hentak Serba Canggih:
Satu lagi anjakan teknologi dilihat dalam aspek kestabilan dan keselamatan kenderaan menerusi komponen penyerap hentak yang baharu, ia bukan sahaja meningkatkan jangka hayat tayar tapi juga mengurangkan kehausan tayar akibat kemerosotan penyerap hentak.

Dengan mengurangkan jarak brek dan kehausan tayar, ia bukan sahaja meningkatkan tahap keselamatan pemandu tapi juga menekankan dedikasi ZF Aftermarket terhadap solusi-solusi yang menambah baik prestasi kenderaan dan yang bersifat ekonomikal.
Bendalir Transmisi Berprestasi Tinggi:
ZF Aftermarket melengkapkan tiga inovasi terbaharunya dengan memperkenalkan bendalir transmisi berprestasi tinggi yang dirumus untuk semua jenis kenderaan komersial, ia meliputi transmisi mekanikal dan juga automatik.
Produk ini terlahir menerusi kajian ekstensif untuk memperbaiki aspek prestasi dan juga jangka tahan, terutamanya dalam iklim serta kondisi jalan raya Asia Tenggara yang mencabar.

Menurutnya produk baharu ini bakal menjadi mercu tanda dalam industri kenderaan komersial.
Selain itu, ZF Aftermarket turut menonjolkan kepakaran globalnya dengan sentuhan lokal melalui konsep bengkel “ZF [pro] Service”, sebuah program servis yang dirumus untuk kenderaan komersial, mengintegrasikan tiga konsep utama kepada sebuah solusi servis bersepadu.
Program ini menawarkan pelbagai manfaat yang komprehensif kepada rakan-rakan kongsi, termasuk latihan teknikal, kondisi peralatan khas, dan bantuan pemasaran.
Untuk maklumat mengenai solusi-solusi inovatif ZF Aftermarket, sila layari aftermarket.zf.com
GALERI:






- BACA: VMOTO TCMAX, CPX PRO LANCAR DI MALAYSIA – TORK SEHINGGA 258NM, DARI RM19,900
- BACA: YOUTUBER MAHU HADIAHKAN 26 UNIT TESLA SEMPENA HARIJADI KE 26 – LUAR BIASA NI
- BACA: ROLLS-ROYCE CULLINAN BLACK BADGE SERIES II – SUPER DUPER WOW NI!
- BACA: PININFARINA BATTISTA CINQUANTACINQUE, INSPIRASI LANCIA FLORIDA REKAAN BATTISTA PININFARINA


