Buletin

NISSAN PAMER NISSAN HYPER FORCE – MIRIP GT-R, FUTURISTIK, JANA 1,341HP

Nissan hari ini mempamerkan konsep kereta elektrik terbaharunya di Japan Mobility Show 2023 iaitu Nissan Hyper Force.

Menerusi imej yang disiarkan, Nissan Hyper Force adalah sebuah kereta elektrik serupa dengan model ikonik GT-R tetapi ada sedikit perubahan.

Biarpun pada pandangan pertama ia mirip dengan rekaan GT-R, Nissan Hyper Force mempunyai rekaan lebih agresif dan futuristik, di mana ia dipadankan bersama empat lampu belakang berbentuk bulat serta spoiler lebih besar.

Di bahagian dalam, kereta elektrik ini kelihatan seperti gabungan kereta lumba berteknologi tinggi. Stereng utama itu sendiri direka seperti stereng kereta lumba secara umumnya.

Selain itu, kereta konsep ini juga mempunyai dua mod, mod R untuk perlumbaan dan mod GT untuk perjalanan santai.

Dari segi kuasa, Hyper Force hadir dengan 1,341hp yang sangat besar untuk sebuah kereta elektrik. Nissan turut menyatakan bahawa ia akan mempunyai sistem pacuan semua roda tetapi tidak menyebut spesifikasi secara terperinci.

Masih belum pasti sama ada Nissan berhasrat untuk membangunkan kereta elektrik ini menjadi realiti pada masa hadapan, tetapi konsep ini lebih daripada cukup untuk membuktikan bagaimana pembangunan kereta elektrik berkuasa tinggi.

GALERI:

Google ads
Back to top button