Buletin

YAMAHA VR46 MASTER CAMP: WAKIL M’SIA DAN ANAK NORICK ABE PUN ADA! 

Program latihan Yamaha VR46 Master Camp kembali lagi untuk edisi ke-11 dan dilangsungkan di VR46 Motor Ranch milik Valentino Rossi dan lokasi latihan lain VR46 Rider Academy dari 6 hingga 11 Jun 2022.

Ada lima penunggang yang terpilih dan kesemuanya bersaing di dalam Kejohanan Perlumbaan Jalan Raya FIM Asia.

Pelumba yang terpilih ialah Passkon Sanluang (19), Worapot Thongdonmaun (17) dari Thailand, Aldi Satya Mahendra (16) dari Indonesia, MD Aliff Danial Bin Muhammad Asri (18) dari Malaysia.

Seorang lagi pelumba ialah Maiki Abe (18) yang merupakan anak mendiang Norifumi “Norick” Abe.

MD Aliff Danial Bin Muhammad Asri

Pelumba yang terpilih akan merasai tunggangan di litar flat track VR46 Motor Ranch menggunakan motosikal YZ250F dan juga latihan di litar motocross dengan motosikal YZ125.

Ada lagi, pelumba muda tersebut akan menunggang di Litar Pomposa dengan motosikal YZF-R3 (tajaan Yamalube, Akrapovič dan Pirelli) dan Litar Supermoto Jeepers Park menggunakan motosikal MiniGP YZ85.

Suatu yang istimewa, mereka akan diberi tunjuk ajar secara peribadi oleh senior Akademi VR46 pada setiap sesi.

Maiki Abe

Selain tunggangan, para peserta akan diberi pelbagai pengisian seperti berlatih di gim fisio dan menariknya kelas sukan elektronik dari Lorenzo Daretti yang mewakili Monster Energy Yamaha MotoGP.

Para peserta juga akan dibawa ke padok WorldSBK di Litar Misano yang merupakan lokasi perlumbaan pada hujung minggu tersebut.

Untuk kegunaan di litar dan luar litar, peserta diberi pakaian Yamaha VR46 Master Camp yang disediakan oleh Oakley, Alpinestars dan VR 46.

Berikut ialah pencapaian ringkas peserta Yamaha VR46 Master Camp ke-11:

Passkon Sanluang, 19, Thailand

Pencapaian:

2019: Yamaha R15 Thailand Challenge – Tempat kelima
2020: 400 SP-J 2021 400 SP-J Champion – Tempat kedua
2021: 400 SP-J Champion 2021

Worapot Thongdonmaun, 17, Thailand

Pencapaian:

2019: Yamaha R15 Thailand Challenge – Tempat keempat
2020: Production 150 (B18) – Tempat kelapan
2021: Production 150 (B20) – Tempat ketiga

Aldi Satya Mahendra, 16, Indonesia

Pencapaian:

2019: Asian Road Racing Championship, UB150 – Tempat keenam
2020: Asian Road Racing Championship, UB150 – Tempat kesembilan

MD Aliff Danial Bin Muhammad Asri, 18, Malaysia

Pencapaian:

2019: Malaysian Cub Prix Champion – Wira
2020: Malaysian Cub Prix Championship, CP 125 – Tempat kelapan
2021: Malaysian Cub Prix Championship, CP 125 – Tempat kelapan

Maiki Abe, 18, Jepun

Pencapaian:

2020: TUKUBA Road Race Championship ST600 (Kebangsaan) – Pertama
2021: TUKUBA Road Race Championship ST600 (Antarabangsa) – Tempat kedua
2021: All Japan Championship ST600 di pusingan Motegi – Tempat ke-13

BACA: YAMAHA BUAT STERENG BERKUASA (EPS) UNTUK MOTOSIKAL!

BACA: YAMAHA 135LC Fi 2022 RASMI DILANCARKAN. 12.5HP/12.2NM, 4-SPEED, BERMULA RM7,798

BACA: TOYOTA MINTA YAMAHA BANGUNKAN ENJIN HIDROGEN V8 NA. KUASA CECAH 444HP, 540NM 

Google ads
Back to top button