Motosikal

CFMOTO 450 MT MASUK MALAYSIA 2024?

CFMOTO antara pengeluar yang mencuri tumpuan ketika di pameran motosikal EICMA yang berlangsung November lalu apabila memperkenalkan motosikal ‘dual-purpose’ 450 MT 2024. 

Belum sempat kalendar 2023 berakhir, CFMOTO bergerak pantas dengan mula memasarkan CFMOTO 450 MT tersebut dipasaran global antaranya Australia. Menurut laporan, 450 MT itu dijual dengan harga AUD8,990 (RM28.5k). 

Mengambil kira faktor itu, kami menjangkakan CFMOTO Malaysia akan turut memasarkan 450 MT pada 2024. Ini kerana CFMOTO Malaysia sentiasa cepat dalam memperkenalkan model baharu disini. 

Untuk rekod, 450 MT ini dipacu enjin parallel-twin 450cc dengan ‘270-degree crank’ yang sama terdapat pada model ‘sportsbike’ 450 SR. Bagaimanapun, enjin tersebut telah ditala semula bagi menawarkan 43.6hp dan 44Nm. Tork puncak juga tiba 1,000rpm lebih awal berbanding 450 SR. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:

  • suspensi KYB
  • ABS dwi-slauran
  • traction-control boleh dinyahaktif
  • panel meter TFT 5-inci
  • penghadang angin boleh aras

Sebagai motosikal DP, CFMOTO juga berjaya mengekalkan berat kering pada 175kg dengan ketinggian tempat duduk diletakkan pada 820mm dan jarak kelegaan tanah 220mm. Model ini juga dilengkapi dengan rim 21-inci depan dan 18-inci belakang. 

GALERI

Google ads
Back to top button