Buletin

TERKINI! JOHANN ZARCO TINGGALKAN PASUKAN KTM MOTOGP!

Pelumba MotoGP, Johann Zarco akan meninggalkan KTM pada akhir musimini, pasukan dari Austria itu membuat satu pengumuman yang mengejutkan beberapa jam yang lalu.

Zarco, juara dua kali kejuaraan Moto2 dan merupakan pelumba rookie MotoGP sejak 2017 menandatangani perjanjian bersama pasukan Factory KTM Tech 3 untuk dua tahun bermula 2019 dan 2020.

Meskipun berbaki lagi setahun untuk tahun hadapan, ternyata penunggang muda dari Perancis itu tidak dapat menyesuaikan diri dengan jentera KTM.

“Zarco cuba mengadaptasi gaya tunggangannya menggunakan jentera KTM RC16 #5 dan pasukan itu berusaha keras untuk menghasilkan mesin terbaik untuk beliau,” kata KTM dalam satu kenyataan.

“Akhirnya Johann dan KTM memutuskan untuk tidak meneruskan projek bersama mereka untuk tahun 2020 dan kini memberi tumpuan untuk menghabiskan untuk lapan pusingan terakhir MotoGP 2019.”

Zarco, 29 tahun, berada di tangga ke-17 dengan hanya 22 mata selepas Grand Prix Austria minggu lalu manakala rakan sepasukan Sepanyol, Pol Espergaro di tempat ke-11 dengan 61 mata.

Zarco yang cemerlang dengan enam kejuaraan podium dan empat kedudukan pole bersama Tech 3 Yamaha dilihat bergelut menyesuaikan diri sejak berpindah ke jentera KTM RC16. Kejayaan terbaik beliau hanyalah berada di tempat ke-10.

Terdapat tentangan dari pihak Zarco yang dikatakan dipaksa menyesuaikan diri dengan jentera KTM sementara KTM pula dikatakan terpaksa menala semula motosikal mengikut stail tunggangan Zarco.

Google ads
"
"
Back to top button