Buletin

CHERY TIGGO 9 DIPERKENALKAN DI CHINA. 7 TEMPAT DUDUK, 261HP, BERMULA RM102K

Chery Automobile Co. Ltd, syarikat pembuatan automotif multinasional China telah memperkenalkan Chery Tiggo 9.

SUV tersebut boleh memuatkan tujuh orang, menjadikannya SUV terbesar selepas Tiggo 8.

Tiggo 9 mempunyai dimensi 4820/1930/1699mm dengan jarak roda pada 2820mm dan dipadankan bersama rim aloi 19 atau 20 inci.

Ia merupakan sebuah jentera dengan garis badan tinggi, tiang hitam, bumbung seakan-akan terapung, serta rekaan hadapan yang menyerlahkan lagi penampilan sebuah SUV. Chery Tiggo 9 turut disertakan dengan pemegang pintu jenis pop-up dan spoiler belakang.

SUV itu dikuasakan oleh enjin petrol pengecas turbo 2.0 liter empat silinder baharu dengan hamburan kuasa 261hp dan mampu mencapai kelajuan maksimum 205km/j. Enjin itu dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.

Di ruang kabin, ia didatangkan dengan skrin melengkung lebar, pad pengecas tanpa wayar untuk dua telefon, ruang storan di bawah konsol tengah serta stereng tiga jejari.

Chery Tiggo 9 akan membuat penampilan pertamanya di Guangzhou Auto Show dan dilancarkan di pasaran kereta China pada Q1 2023. Harganya dijangka bermula sekitar AS$23,000 (RM101,936) di sana.

GALERI:

Google ads
Back to top button