Buletin

CHEVROLET AVALANCHE PARKIR SELAMA 4 HARI DIPENUHI WALNUT SEBERAT 68 KG. TUPAI PUN PANDAI PRANK

Seorang pemilik Chevrolet Avalanche yang diparkir selama empat hari dipenuhi walnut hitam di Dakota Utara, Amerika Syarikat (AS).

Melalui gambar dikongsi Bill Fischer melalui laman Facebook, bahagian enjin kenderaannya hampir dipenuhi walnut berkenaan yang dipercayai ‘kerja’ tupai.

Fisher terpaksa mencabut sebahagian besar klip hadapan Avalanche berkenaan untuk membersihkan walnut terbabit.

“Saya terpaksa mencabut fender dan membersihkan walnut tersebut.

“Bagaimanapun, masih terdapat walnut yang tidak berjaya dikeluarkan pada bahagian frame dan rail,” katanya.

Fisher memberitahu dia mengisi tujuh baldi selepas membersihkan kenderaan itu dan kini memiliki walnut seberat 68 kg. –thedrive

Google ads
Back to top button