Motosikal

MODENAS BERGERAK DENGAN IDENTITI BAHARU, LANCAR KRISS 110 FI

Motosikal dan Enjin Nasional (MODENAS) dengan rasminya melancarkan logo dan identiti baharu bermula tahun 2024 dalam usaha memperkembangkan jenama itu ke peringkat global. 

Tidak lagi mengekalkan logo diilhamkan dari Gunung Jerai yang bertempat di Kedah, logo baharu MODENAS kini diinspirasikan dari simbol “M” yang tampil lebih moden dan berani. 

Dalam pada itu, bagi meraikan penggunaan logo dan identiti baharu, MODENAS turut melancarkan ikon rakyat Kriss 110 yang telah dinaik taraf dengan enjin Euro 4 dan sistem suntikan bahan api (fuel injection). 

Kriss 110 yang dipertingkat itu juga merupakan model pertama MODENAS yang akan membawa logo baharu. 

Atas kertas, antara penambahbaikan lain ditawarkan pada Kriss 110 Fi ini termasuk pengecas USB dan rim 17-inci ‘tubeless’. Untuk pasaran tempatan terdapat dua varian ditawarkan, standard (dengan brek dram) dan ‘disc brake’ dengan masing-masing dijual pada harga RM4,599 dan RM4,998. 

Antara perincian lain ditawarkan termasuk lampu kecemasan, panel meter dengan petunjuk gear, tangki bahan api 4.2L dan penghidup elektrik. 

GALERI: MODENAS KRISS 110 Fi

Google ads
Back to top button