Buletin

COV-19: TOYOTA GANTUNG OPERASI 5 KILANG DI EROPAH

Prihatin dengan wabak COVID-19 yang melanda, Toyota yang mempunyai operasi di Eropah telah mengambil langkah-langkah bagi mencegah atau menghalang penularan COVID-19.

Di antara tindakan yang diambil ialah meningkatkan kebersihan dan langkah pembersihan, perkongsian maklumat, bekerja dari rumah untuk kakitangan pejabat, larangan perjalanan, pembatalan atau menunda acara tidak penting atau mesyuarat dan menjarakkan diri (social distancing).

Sebagai tambahan kepada langkah am tersebut, Toyota mengumumkan langkah-langkah baharu yang lebih berimpak.

Dengan peningkatan kes coronavirus yang sedang berlaku di pelbagai negara di Eropah dan juga arahan lock-down, beberapa kesan telah pun dirasai seperti kesukaran dari segi logistik dan rantaian pembekalan.

Cabaran itu dikatakan bakal meningkat dalam minggu mendatang.

Selari dengan perkembangan itu, Toyota Motor Europe (TME) mengumumkan pergantungan operasi pengeluaran kenderaan, enjin dan transmisi di Eropah bermula 18 Mac sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

Berikut ialah senarai kilang yang terlibat:

  • Toyota Motor Manufacturing France (TMMF) di Onnaing – pengeluaran telah digantung
  • Toyota Motor Manufacturing UK (TMUK) di Burnaston dan Deeside – mula 18 Mac
  • Toyota Motor Manufacturing Poland (TMMP) di Walbrzych dan Jelcz-Laskowice – mula 18 Mac
  • Toyota Peugeot Citroen Automobiles (TPCA) di Kolin, Republik Czech – mula 19 Mac
  • Toyota Motor Manufacturing Turkey (TMMT) di Sakarya – mula 21 Mac

Operasi lain

Walaupun operasi kilang digantung, khidmat lain masih diteruskan seperti alat ganti untuk kenderaan yang melibatkan kenderaan keselamatan awam.

Mazda CX30

Proses dan projek yang penting untuk permulaan semula dan aktiviti masa depan kilang seperti projek pembangunan kenderaan baharu diteruskan dengan kakitangan yang perlu sahaja.

Operasi jualan dan penyelenggaran pula akan dinilai berdasarkan situasi di negara atau rantau yang terlibat.

Di negara dengan arahan lock-down oleh kerajaan, bilik pameran pengedar telah pun ditutup atau beroperasi secara separa.

Kesemua pengedar masih boleh dihubungi sama ada melalui komunikasi elektronik atau telefon untuk khidmat pelanggan.

Tags
Google ads
Back to top button