
Buletin
COVID-19: F1 DIBATALKAN DI VIETNAM
Grand Prix Vietnam Formula Satu (F1) yang dijadual diadakan tahun ini di Hanoi dibatalkan berikutan pandemik Covid-19.
Ia adalah keputusan yang sukar tetapi perlu diambil memandangkan ketidakpastian berterusan disebabkan pandemik Covid-19, memetik pengumuman di laman web rasmi acara itu.
Menurut pengumuman itu, bayaran balik penuh akan diberikan untuk semua tiket yang dibeli.
Awal tahun ini Grand Prix ditunda dari jadual asal, 3 hingga 5 April. Litar Hanoi sepanjang 5.6 kilometer dengan 23 pusingan sudah siap sepenuhnya pada Februari. – agensi