,
Buletin

COVID-19: POS MALAYSIA HENTI SEMENTARA KHIDMAT MEL, BUNGKUSAN DAN EMS ANTARABANGSA

POS Malaysia menghentikan sementara perkhidmatan mel dan bungkusan antarabangsa serta Express Mail Service (EMS) ke semua destinasi antarabangsa kecuali Singapura mulai 3 Ogos ini sehingga diberitahu kelak.

Dalam satu kenyataan, POS Malaysia memaklumkan langkah berkenaan diambil disebabkan impak Covid-19 yang mengakibatkan tahap sekatan yang berbeza di negara-negara destinasi terhadap penerbangan, penutupan lapangan terbang dan perkhidmatan rentas sempadan.

Bagaimanapun, para pelanggan Pos Malaysia boleh menggunakan perkhidmatan kurier antarabangsa AsiaXpress yang tersedia di pejabat-pejabat pos dan Pusat Pos Laju terpilih, untuk penghantaran mel serta bungkusan antarabangsa ke lebih 220 negara.

AsiaXpress adalah anak syarikat Pos Malaysia dan untuk maklumat lanjut, layari bit.ly/asiaxpress.

Perkhidmatan tersebut adalah alternatif yang disediakan apabila Pos Malaysia menghentikan sementara penghantaran keluar mel dan bungkusan antarabangsa dan Express Mail Service (EMS) ke semua destinasi antarabangsa (kecuali Singapura) mulai 3 Ogos 2020 sehingga diberitahu kelak.

Bagi mel dan bungkusan antarabangsa yang telah diserahkan untuk pengeposan sebelum tarikh di atas, penghantaran akan diteruskan seperti biasa.

Maklumat terkini boleh didapati dari semasa ke semasa melalui laman web dan platform media sosial rasmi POS Malaysia.

Tags
Google ads
Back to top button