Buletin

GM TAK PUAS HATI USAHA FACEBOOK. HENTI IKLAN DI MEDIA SOSIAL

General Motors Co. (GM) tidak berpuas hati dengan usaha dilakukan Facebook Inc. dalam membendung kandungan kebencian dan memperkecil-kecilkan jenama pengeluar kereta berkenaan.

Justeru, pengeluar kereta itu mengambil keputusan menghentikan pengiklanan di platform laman sosial tersebut mengikut jejak seperti Ford Motor Co. dan syarikat-syarikat besar lain.

Dalam satu kenyataan, GM memberitahu syarikat telah menghentikan meletakkan iklan di Facebook sejak beberapa minggu lalu.

Bahkan, sedang dalam perbincangan bersama syarikat itu meningkatkan usaha menyingkirkan kandungan yang memberi kesan buruk.

“Sehingga kini, kami tidak berpuas hati dengan kemajuan dilakukan Facebook. Berikutan itu, langkah menghentikan pelaburan media kami di platform tersebut.

“Kami sedang mendorong mereka bergerak dengan lebih pantas dalam perubahan kandungan agar dapat meneruskan semula ke ruang digital lebih selamat sejajar mencerminkan nilai jenama GM,” katanya dalam satu kenyataan.

Tindakan GM memberi signal tekanan akan berterusan terhadap Facebook dalam bulan Ogos malah dijangka berpanjangan lebih lama.

Pada Khamis lalu, Unilever NV, pengeluar aiskrim jenama Ben & Jerry melanjutkan pemberhentian iklan berbayar di media sosial sehingga hujung tahun ini. – bloomberg

Google ads
Back to top button