Artikel Pilihan

DAIHATSU TA-X80, SUPERCAR KONSEP YANG PERNAH DIILHAMKAN OLEH DAIHATSU

Ketika temasya Tokyo Auto Salon berlangsung pada tahun 1987, Daihatsu iaitu sebuah pengeluar kereta kompak telah menggegarkan dunia automotif ketika itu dengan menayangkan sebuah kereta konsep. Ia bukanlah kereta biasa, tapi sebuah supercar yang diimiginasikan oleh Daihatsu.

Supercar ini diberi nama TA-X80 oleh Daihatsu yang membawa maksud Technology Advanced Experimental yang dihasilkan sempena ulang tahun ke 80 penubuhan Daihatsu. Rekaan kereta ini mengetengahkan konsep coupe 2 pintu dan enjin diposisikan di bahagian tengah cesi untuk agihan berat sekata

TA-X80 memiliki panjang 3900mm, lebar 1695mm dan tinggi 1065mm. Berat keseluruhan kereta konsep ini hanyalah 880kg sahaja. Jangan terkejut kerana enjin yang diberikan bukanlah 3 silinder 1000cc, sebaliknya 6 silinder V6, 4 injap per silinder, DOHC dan turbo berkembar (1 turbo bagi setiap blok enjin) bagi menghasilkan 128 kuasa kuda pada 9000 RPM.

Semua kuasa akan dihantar kepada transmisi 4 kelajuan automatik kepada semua tayar dengan menggunakan sistem AWD. Tapi apa yang menjadi perhatian ialah rekaan TA-X80 yang sungguh futuristik termasuklah bahagian bumbung yang berbentuk melengkung dan menggunakan kaca telus cahaya

Pintu pula dibuka dengan cara menggelungsur ke bahagian belakang termasuklah bahagian bumbungnya sekali. Bahagian depan pula mirip rekaan supercar dari Itali dengan lampu berkembar, bentuk melarus serta corong ambilan udara di bahagian sisi kereta untuk ke bahagian enjin yang ditempatkan di belakang pemandu

Tapi sayangnya kereta konsep ini hanya mampu mencapai kelajuan maksima 250km/j, boleh dikatakan laju untuk sebuah kereta biasa tapi tak berapa laju pun kalau masuk dalam liga supercar. Tapi TA-X80 kekal sebagai sebuah kereta konsep dan tidak pernah dihasilkan tapi ia memberi laluan kepada kereta sport Daihatsu yang lain seperti Daihatsu Copen.

Google ads
Back to top button