,
Buletin

NISSAN MAGNITE CONCEPT. SUV NISSAN TERKECIL DI DUNIA

Pengeluar kereta, Nissan mempertontonkan model konsep SUV paling kecil di dunia yang diberi nama Magnite. Model terbaharu ini mendapat nama melalui gabungan dua perkataan magnetic dan iginite.

Menurut pengeluar kereta Jepun itu, perkataan magnetic itu menonjolkan reka bentuk dan sifat produk yang akan menarik perhatian para pelanggan. Ignite pula membawa maksud permulaan era baharu yang ingin dibawa Nissan di negara India.

Model konsep Magnite ataupun nama kod EM2 yang asalnya dibangunkan untuk jenama Datsun dijangka akan memasuki produksi menjelang akhir tahun 2020 di India.

Ia dibangunkan untuk bersaing dalam SUV segmen B di negara terbabit.

Kehadiran gril hadapan berbentuk octagon dan lampu DRL besar lebih mencerminkan produk Datsun berbanding Nissan. Bagaimanapun, lampu hadapan mengingatkan kepada model Nissan Kicks.  

Buat masa ini, rekaan dalaman masih belum didedahkan kepada khalayak umum. Nissan mendakwa Magnite bakal menawarkan ruang yang terbesar di dalam SUV segmen B.

Selain itu, pengeluar kereta ini turut mengesahkan beberapa ciri seperti sistem infotainmen skrin sentuh saiz 8 inci , teknologi bersambung, kamera keliling 360 darjah dan kawalan pelayaran.

Ia didatangkan bersama sistem kawalan iklim automatik dan stereng multi fungsi dikatakan bakal menjadi sebahagian daripada pakej SUV terbaharu ini.

Menurut laporan Autocar India, Nissan Magnite akan hadir di pasaran menjelang Januari 2021 dengan dua pilihan trenkuasa.

Versi asas akan ditawarkan dengan khidmat enjin tiga silinder 1.0 liter yang dikongsi bersama Renault Triber.

Ia mampu menghasilkan 72 hp. Unit tersebut akan dipadankan dengan transmisi lima kelajuan dan pilihan kotak gear automatik.

Pilihan kedua pula, didatangkan enjin turbo 1.0 liter tiga silinder dengan kuasa 95 hp dan system transmisi manual lima kelajuan atau CVT. – carscoops.

Tags
Google ads
Back to top button