Artikel Pilihan

DEUS MINI SI MINI MONSTER

Jentera rali ini benar benar mencuri tumpuan penonton yang hadir ketika menyaksikan acara KBS Rally Sprint di perkarangan parkir Litar Sepang tempohari. Kelincahannya mengambil selekoh yang tajam sambil keluar selekoh memecut laju cukup menarik perhatian. Kecil molek tapi super duper laju.

Tak salah mata yang memandang sekiranya anda menyatakan bahawa ini adalah sebuah model kereta Mini. Usah khuatir sekiranya mata anda menafsir ianya sebuah kereta Mini. Nampak macam Mini, tapi sebenarnya bukan dia.

Jentera ini menggunapakai kod nama Deus Mini. Penampilan luarannya memang persis sebuah kereta Mini, tapi hakikatnnya model ini dibina berdasarkan casis tubular frame. Senang kata, casis yang menggunakan tubular frame ini disiapkan terlebih dahulu sebelum rupa luarannya disiapkan. Makna kata juga, sebarang rupa bentuk luaran boleh dipilih mengikut kehendak pemilik.

Memandangkan sang perekanya adalah peminat kepada kereta lagenda Mini, maka rupa luaran Mini telah dipilih untuk disarungkan terhadap casis ini. Sudah tentu segala kimpalan terhadap casis ini telah dipastikan keutuhannya bagi memastikan segala kemungkinan yang buruk dapat diminimakan natijahnya.

Dan orang yang bertanggjawab di atas pembangunan dan pembuatan Deus Mini adalah Nandakumar Puspanathan. Untuk yang tidak tahu, beliau ini adalah merupakan bekas pemandu rali di era pertengahan tahun 200an dan pernah memandu untuk pasukan Perodua M5. Kini beliau lebih banyak terlibat dalam bidang kepakaran kejuruteraan automotif, merangkumi pembinaan model kereta lumba sebegini. Oh ya, Nandakumar Puspanathan juga sebenarnya seorang peminat kereta Mini, jadi jangan hairan sekiranya model pertama ini dijelmakan sebagai rupa sebuah Mini.

JIkalau luarannya menampilkan imej sebuah Mini, namun menjenguk ke ruangan enjin pasti akan membuatkan anda terkejut juga. Sebuah enjin Mitsubishi 4G93 1.8 Turbo yang turut dilengkapi dengan pacuan empat roda. Jentera ini turut dilengkapi dengan sistem ampaian rali RCS buatan Nandakumar sendiri. Hebat.

Walau pun menggunakan enjin turbo, namun ianya menggunakan boost yang rendah sahaja. Malah kuasa kuda yang dihasilkan tidaklah terlalu tinggi berbanding jentera yang lain. Tapi ianya masih mampu mencatat masa yang cukup pantas. Terima kasih kepada casis yang cukup ringan dan posisi jentera yang cukup rendah dan stabil. Itu pasal laju macam pelesit.

Namun sebelum jentera ini kembali beraksi tempohari, ianya sempat menjalani proses pemulihan / kelahiran semula akibat jentera ini sempat tenggelam dek bencana banjir yang melanda tahun lalu. Semua kerja kerja pembinaan semula telah dilakukan sendiri di Tanamera.

Dan kini, jentera Deus Mini tersebut telah kembali segak dan bergaya kembali berlumba setelah dikenakan warna badan berwarna hitam yang dilatari dengan rekaan grafik penaja Magnax Lubricants berwana jingga. Nampak garang. Hasilnya, gandingan jentera ini bersama Saladin Mazlan dan juga Malay Chong selaku Juruarah berjaya muncul juara keseluruhan KBS Rally Sprint Rd1.

Menurut seorang lagi orang kuat Saladin Mazlan, saudara Nik Ammar Mohamed mereka sebenarnya sedang menyiapkan sebuah lagi jentera Mini dan juga sebuah jentera rahsia berspesifikasi AP4 bagi musim hadapan. BK hanya menantikan panggilan untuk membuat liputan sahaja. Kita tungguuuuuuu!

BACA : PARODI PANDU UJI KERETA RALI “HYUNDAI R5, TOYOTA YARIS WRC & TOYOTA GR YARIS RALLY1”

BACA : SEJARAH JENTERA RALI JEPUN DI TOYOTA AUTOMOBILE MUSEUM – LAGI BEST DARI BUKU SEJARAH PAK MAUN

Google ads

B K

Back to top button