Buletin

WRC2 - ANDREAS MIKKELSEN MENANG DI JEPUN TETAPI KAJETAN KAJETANOWICZ MENANG WRC2 CHALLANGER

Pemandu Norway, Andreas Mikkelsen menepati ramalan untuk terus mendominasi saingan WRC2 di FORUM8 Rally Japan walaupun beliau sudah mengesahkan kejuaraan WRC2 musim ini. Beliau yang beraksi tanpa tekanan setelah mengesahkan kejuaraan WRC2 dengan memenangi perlumbaan di Central European Rally terus menambah koleksi kemenangan dengan kejayaan di Jepun ini.

Sungguh pun demikian, sebenarnya yang mencuri perhatian untuk kelas WRC2 ini adalah pemandu dari Poland, Kajetan Kajetanowicz berjaya memenangi kejuaraan WRC2 Challanger.

Kajetan Kajetanowicz bersama Juruarah Maciej Szczepaniak yang memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2 hanya  memerlukan keputusan tempat  ketiga atau lebih tinggi pada perlumbaan terakhir musim ini di Jepun untuk memastikan kejuaraan. Namun akhirnya beliau berjaya mencatatkan penamat di tempat kedua di belakang saingan Nikolay Gryazin yang turut memandu Skoda Fabia RS Rally2.

Kajetan Kajetanowicz dan Maciej Szczepaniak menjadi juara sulung dalam WRC2 Challenger, siri sokongan yang diperkenalkan pada awal tahun 2023 untuk pemandu dan juruarah yang beraksi dalam kelas WRC2 dan belum pernah memenangi gelaran bersama jentera Rally2 di peringkat WRC. Walau pun dianggap sebagai kejuaraan sokongan kelas kedua, namun setidaknya ia mampu memberikan suntikan moral khususnya kepada pemandu baharu dan muda dalam kelas WRC2 ini.

“Kita boleh katakan kita adalah juara!” kata Kajetan Kajetanowicz yang teruja. “Memang menakjubkan, tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Maciej, kepada seluruh pasukan ORLEN, semua penaja saya dan sudah tentu kepada isteri saya. Ia satu perasaan yang luar biasa!”

Sementara Kajetan Kajetanowicz dan Maciej Gryazin kedua-duanya meraikan podium dan kemenangan WRC2 Challanger, Andreas Mikkelsen dari Norway berada dalam kelasmya tersendiri dengan meraih kemenangan lebih daripada satu minit di hadapan Kajetan Kajetanowicz.

Andreas Mikkelsen mengesahkan kejuaraan WRC2 dua minggu lalu di Central European Rally, dan kemenangan di sini di Jepun adalah yang keempat baginya musim ini sekali gus menamatkan musim 2023 dengan cukup gemilang.

“Ianya adalah suatu perlumbaan yang bagus,” ujar Andreas Mikkelsen. “Ia adalah hujung minggu yang sangat mencabar dan saya rasa pengalaman kami adalah penting kejayan di sini. Kami membuat perubahan pada dua peringkat pertama dan kemudian sejak itu kami cuba mengawalnya.”

Pemandu tempatan Osamu Fukunaga yang juga memandu Skoda Fabia RS Rally2 menduduki tempat keempat, manakala Daniel Chwist dan Eamonn Boland mengisi tempat enam terbaik dalam kelas WRC2 di Jepun

BACA : WRC2 – ANDREAS MIKKELSEN JUARA WALAU PUN HANYA MENDUDUKI TEMPAT KE 13 DI CENTRAL EUROPEAN RALLY

BACA : WRC2 – KAJETAN KAJETANOWICZ MENANG DI SAFARI RALLY KENYA

Google ads

B K

Back to top button