
LEMBAGA PENYELIAAN MESTI “MABUK” MASA LULUS HYPERCAR AMG ONE – BOS DAIMLER
Ketua Eksekutif Mercedes-Benz, Ola Kallenius mengakui bahawa Lembaga penyeliaan pengeluar kenderaan terbabit pasti “mabuk” ketika membuat keputusan meluluskan hypercar AMG One untuk produksi.
Pengeluar Jerman itu mula memperkenalkan jentera berkenaan pada Pameran Auto Franfurt 2017.
Ia menjadi tajuk utama kerana menampilkan rangkaian kuasa hibrid Formula One yang menggunakan trenkuasa 1.6 liter turbocharge V6, unit motor generator kinetik dan dua motor elektrik serta dua motor elektrik pada gandar hadapan.

Secara keseluruhan, jentera tersebut dijangka memiliki kuasa melebihi 1,000 hp.
Biarpun, spesifikasi terbabit kedengaran agak padu dalam kertas, tetapi untuk menterjemahkan ke dunia realiti agak sukar.
Bahkan, sudah beberapa kali tergendala malah penghantaran kepada pelanggan juga tertangguh.
“Pasukan AMG dan AMG High Performance Powertrain Formula 1 telah menemui kami empat tahun lalu dan memaklumkan mendapat idea bernas dengan meletakkan enjin Formula 1 pada kenderaan komersial.

“Saya perlu menyemak semula minit mesyuarat itu tetapi saya amat pasti kami mabuk ketika meluluskan idea tersebut,” kata Kallenius pada Autocar.
Isu perlu Mercedes atasi adalah mendapatkan rangkaian kuasa mematuhi piawaian pelepasan WLTP yang memerlukan penggunakan penapis partikel petrol.
Mercedes-AMG One terhad kepada 275 unit sahaja dan ditawarkan pada harga AS$2.4 juta (RM 10.54 juta) – carscoops