Artikel Pilihan

DS 9 – MODEL SEDAN PREMIUM PERANCIS

DS Automobiles sebelum ini lebih dikenali dengan pengenalan model SUV jenis premium, DS 7. Tapi kali ini pembuat yang sebenarnya merupakan anak beranak daripada Peugeot itu turut mempunyai model sedan premium, DS 9.

Berikutan pengenalan beberapa model sebelum ini, sudah sampai masanya DS Automobiles memperkenalkan pula model dalam sedan premium, DS 9. Model DS 9 ini ternyata kelihatan cukup bergaya dan elegan. Besar. Memang ngam sangat untuk dijadikan sebagai kereta eksekutif buat mereka golongan kolar putih.

Ianya dibina berdasarkan pelantar EMP2 (Efficient Modular Platform 2) milik PSA sendiri yang mana model model binaannya terdiri daripada DS 7 Crossback serta Citroen C5 Aircross sebelum ini. Cumanya titik roda DS 9 ini telah dipanjangkan. Sudah tentu ianya memberikan kelebihan buat penumpang belakang, dengan menampilkan rekaan fastback.

Dimensi DS 9 secara mata kasar pun kita boleh mengagak dengan model manakah bakal ianya bersaing. Sudah tentu BMW 5 Siries atau pun Mercedes E-Class menjadi tanda aras kepada pembinaan model DS 9 ini. Jarak panjang model ini adalah 4.93 meter dan 1.85 meter lebar.

Dalaman DS 9 ini menampilkan imej yang mewah, apabila tempat duduknya di balut dengan kulit Nappa. Kulit yang sama juga diaplikasikan pada papan pemuka. Senang cerita habis keliling ruang dalaman di balut kulit Nappa.Dan tempat duduk juga didatangkan dengan fungsi penyejuk, pemanas dan juga mengurut untuk keselesaan kepada penumpang.

DS 9 ini didatangkan dengan pilihan trenkuasa E-TENSE hibrid bersama enjin PureTech turbo dengan motor elektrik menggunakan bateri 11.9 kWh. Enjin dengan kotak gear auto lapan kelajuan ini mampu menghasilkan kuasa 225 HP dengan motor elektrik itu sendiri berupaya menghasilkan kuasa kira kira 110 HP. Cukup untuk menggerakkan DS 9 ini sehingga 50 km pada kelajuan malar 84 km/j/

Sungguh pun demikian, DS Automobiles turut akan memperkenalkan dua lagi varian enjin dengan masing masing bakal menghasilkan kuasa 250 HP dan juga 360 HP, menjadikan trenkuasa yang paling berkuasa kelak.

Ciri keselamatan yang ada pada DS 9 turut hampir setara dengan model model premium yang ada di pasaran. Malah, DS 9 ini turut mempunyai kamera yang mampu mengimbas kondisi jalanraya serta keadaan sekeliling. DS 9 ini turut mempunyai kawalan pemanduan sendiri peringkat 2 yang mampu membantu pemandu untuk mengekalkan posisi pemanduan sekiranya wujud aspek kelalaian kelak.

Baiklah. Kita kembali kepada tajuk artikel di atas. DS 9 ini sememangnya berasal dari Perancis yang dikhususkan untuk pasaran Eropah dan juga Asia. Tapi tahukah bahawa DS 9 ini sebenarnya dikilangkan di China melalui kerjasama Changan-PSA. Handal bukan?

BACA : DS 7 – CROSSBACK SUV PREMIUM UNTUK BANGSAWAN

BACA : DS 7 – CROSSBACK PREMIUM PERANCIS – RM199888 SEUNIT

Google ads
Back to top button