Buletin

PROJEK D’BRIS BIKIN KASUT GUNA SAMPAH, TAYAR LAMA. SIAPA KATA BARANG LAMA TAKDE NILAI?

Setiap orang perlu memainkan peranan dalam memastikan alam sekitar terpelihara.

Bagaimanapun, ia tidak bermakna perubahan dapat dilakukan dalam sekelip mata.

Projek dikenali D’BRIS memberi sedikit sinar harapan dalam perubahan tersebut dengan memperkenalkan kasut diperbuat daripada sampah dan bahan kitar semula seperti plastik yang dijumpai di laut serta tayar lama.

Lebih khusus, plastik yang dikitar semula digunakan pada bahagian atas kasut, getah kitar semula dan tayar di bahagian bawah.

Kapas kitar semula serta organik pula merupakan bahan utama digunakan pada bahagian dalam dan tali kasut berkenaan.

“Sebahgian besar bahagian luar tapak kasut menggunakan tayar kereta yang menggabungkan getah asli dan kitar semula.

“Bahagian kanvas pula menggunakan benang poliester berkualiti tinggi diperbuat daripada plastik kitar semula,” kata pereka kasut tersebut.

Kasut berkenaan dibikin dengan tangan di Sepanyol dan bahan-bahan diperoleh dari seluruh negara terbabit.

Ia ditawarkan dengan warna hitam atau gandingan putih dan hitam. Kasut D’BRIS boleh digunakan lelaki mahupun perempuan dengan saiz dari 5.5 hingga 12. – autoevolution

Google ads
Back to top button