
DUCATI CATAT JUALAN 48,042 UNIT JENTERA TAHUN LALU. STREETFIGHTER V4, DUCATI SCRAMBLER PALING LARIS
Ducati Motor Holding mencatat sejarah tersendiri dalam jualan pada separuh masa kedua tahun 2020 walaupun berdepan keadaan global yang sukar dan pemberhentian produksi selama tujuh minggu.
Pada bulan Julai sehingga Disember tahun lalu, Ducati berjaya menghasilkan 48,042 unit motosikal sekali gus mengehadkan jurang perbezaan jualan sehingga -9.7 peratus berbanding 2019.
Ia merupakan hasil signifikan jika mempertimbangkan kesan pandemik dan penutupan kilang Ducati antara bulan Mac dan April.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, trend pertumbuhan jenama syarikat Borgo Panigale terus mencatatkan peningkatan di negara China dengan jualan sebanyak 4,041 unit motosikal iaitu kenaikan sebanyak 26 peratus.
Bahkan, negara terbabit menjadi pasaran keempat bagi syarikat yang berpangkalan di Itali itu.
Selain itu, terdapat peningkatan jualan berbanding tahun lalu di negara Jerman dengan jualan 5,490 unit (+6.7%) dan Switzerland (+11.1%).
Itali pula menjadi pasaran pertama di dunia mencecah jualan sehingga 7,100 unit.

Biarpun, keadaan global yang tidak menentu, tahun 2020 disifatkan sebagai penaklukan apabila merangkul kejuaraan dunia kategori pengeluar 2020 MotoGP, penerusan proses pengukuhan rangkaian jualan, pembukaan anak syarikat Australia yang baharu dan permulaan pengeluaran siri terhad seperti Superleggera V4 dan Diavel 1260 Lamborghini.
Model Streetfighter V4 merupakan model paling laris dengan 5,730 unit manakala Ducati Scrambler menjadi keluarga paling laris dengan jualan sebanyak 9,265 unit.

Bagi tahun 2021, rangkaian produk Ducati akan lebih lengkap berbanding tahun lalu malah portfolio pesanan para peminat menunjukkan peningkatan yang pernah dilihat pada awal tahun.
Penghantaran pertama, Multistrada V4 yang merupakan motosikal pertama dunia yang dilengkapi radar di bahagian depan dan belakang telah dilaksanakan untuk para peminat jentera itu.
Selain itu, dalam beberapa bulan lagi, para pengedar Ducati turut akan menerima motosikal baharu model 2021 termasuk Panigale V4 SP, Supersport 950, Monster dan Ducati Scrambler Night Shift.
- BACA: NISSAN SKYLINE GT-R R35 + DUCATI PANIGALE V4 S 2020, UNTUK DIJUAL. FREEGIFT Y15, HARGA RM500K NEGO
- BACA: DUCATI MALAYSIA LANCAR SUPERLEGGERA V4. HARGA RM888,000!!!
- BACA: DUCATI DEDAH GENERASI BAHARU MONSTER, MONSTER+ 2021. LEBIH RINGAN, KOMPAK
- BACA: KOLABORATIF DUCATI, LAMBORGHINI LAHIR DIAVEL 1260 LAMBORGHINI EDISI TERHAD. 630 UNIT SAHAJA