Motosikal

BMW MOTORRAD RECALL JAKET DAN SARUNG TANGAN. BOLEH SEBABKAN ALAHAN

Biasanya kita hanya dengar pengeluar kenderaan membuat panggilan semula atas kereta atau motosikal yang mereka hasilkan.

Tetapi, BMW Motorrad baru-baru ini memanggil semula sejumlah jaket dan sarung tangan kulit yang dijual di pasaran Eropah.

Langkah itu diambil selepas mendapat arahan daripada pihak berkuasa serantau Munich. Barangan yang terlibat ialah jaket kulit lelaki saiz M dan sarung tangan kulit Down Town.

Dalam ujian yang dilakukan secara rawak, jaket dan sarung tangan kulit itu didapati mengandungi bahan kromium VI di atas had standard yang dibenarkan. Kandungan kromium VI yang berlebihan boleh menyebabkan alahan kepada segelintir individu.

“Kami memohon maaf atas kesulitan ini. Kami sentiasa menguji produk gaya hidup kulit yang dijual dan setakat ini tidak menemui sebarang perkara tidak normal.

“Pelanggan diminta menyerahkan barangan yang terjejas di mana-mana pengedar sah BMW Motorrad. Tidak kira berapa lama, barang itu boleh ditukar dengan produk lain yang berharga sama,” jelas BMW Motorrad dalam satu kenyataan.

Google ads
Back to top button