
DUCATI PERKENALKAN HYPERMOTARD 698 MONO – TAMPIL AGRESIF, KUASA MENGAGUMKAN
Ducati baru-baru ini melancarkan Hypermotard 698 Mono baharu dan tersedia di pasaran bermula Januari 2024.
Jentera baharu ini didatangkan dengan pilihan warna Ducati Red dan versi RVE dengan livery ‘graffiti’ sekaligus tampil anggun serta agresif.
Menurut Ducati, ia serius untuk menyertai MXGP dan telah merekrut pelumba Antonio Cairolli untuk membantu membangunkan motosikalnya.

Sebagai motosikal supermotard atau supermoto satu silinder pertama Ducati, Hypermotard 698 Mono dilengkapi dengan siri teknologi canggih, sama seperti digunakan dalam Panigale V4.
Jentera ini turut dilengkapi ABS selekoh yang direka khusus untuk membolehkan anda menunggang ke sisi, Ducati Traction Control, Ducati Wheelie Control, Engine Brake Control, Ducati Power Launch, Ducati Quick Shift (DQS) Up/Down serta Electronic riding aid.
Selain itu, terdapat empat mod tunggangan iaitu Sport, Road, Urban dan Wet.

Tambahan, Hypermotard 698 Mono dikatakan mempunyai keseimbangan casis yang baik dengan tindak balas pengendalian sangat baik.
Hypermotard 698 Mono diserlahkan lagi melalui rim aloi dan tayar Pirelli Diablo Rosso IV, menggunakan saiz 120/70 ZR 17 di hadapan serta 160/60 ZR 17 di belakang.
Sementara, suspensi hadapan menggunakan fork terbalik Marzocchi berdiameter 45mm, boleh laras sepenuhnya dengan pelaras 213mm.
Di bahagian belakang, monoshock Sachs 240mm boleh laras sepenuhnya serta disokong oleh brek Brembo M4.32 4 angkup jejari omboh di hadapan digabungkan bersama brek cakera 330mm, manakala roda belakang mendapat cakera berdiameter 240mm.
Jika dilihat dari spesifikasi rasmi, enjin ini mempunyai saiz bore x stroke 116 mm x 62.4 mm dengan kapasiti tulen 659cc, menghasilkan kuasa maksimum 77.5hp pada 9,750rpm dengan tork 62.8Nm pada 8,000rpm.
Masih tidak cukup? Terdapat ekzos perlumbaan daripada Termignoni sebagai sebahagian daripada aksesori rasmi Hypermotard 698 Mono untuk pemanduan trek. Hasilnya ialah tambahan 7hp yang menjadikan kuasa maksimum 84.5hp!
- BACA: SUPERQUADRO MONO, ENJIN SATU SILINDER PALING BERKUASA DARIPADA DUCATI
- BACA: DUCATI SERTAI ITALIAN MOTORCROSS CHAMPIONSHIP – JENTERA BAHARU SEDIA TAMPIL PRESTASI TERBAIK
- BACA: DUCATI MULTISTRADA V4 RS DILANCARKAN – TAMPIL EKSKLUSIF, HAMBUR KUASA 180HP
- BACA: SELAMBA TIRU DUCATI, PENGELUAR CHINA DEDAH JENTERA DUCASU DK400









