Buletin

STELLANTIS MAHU WUJUDKAN PLATFORM STLA MEDIUM KE RANTAU ASEAN, LABUR RM2 BILION

Stellantis, salah satu pengeluar kereta terbesar dunia dengan 14 jenama ikonik seperti Peugeot, Citroën, Ram, Maserati, Alfa Romeo, Jeep® dan banyak lagi, telah menggariskan rancangan bagi mewujudkan penyelesaian mobiliti baharu di rantau ASEAN.

Stellantis menyasarkan untuk mewujudkan platform STLA Medium ke rantau ASEAN yang diperkenalkan secara global pada Jun 2023.

STLA Medium ialah platform global BEV-by-design dengan ciri-ciri canggih termasuk menawarkan jarak perjalanan 700 kilometer, kecekapan tenaga, kuasa terbaik, dan kuasa pengecasan.

Selaras dengan komitmen Stellantis terhadap kelestarian jangka panjang dan sasaran untuk mencapai strategi Dare Forward 2030, pembuat kereta itu melabur lebih RM2 bilion untuk memperkenalkan platform STLA Medium.

Platform itu membolehkan Stellantis menghasilkan kenderaan pelbagai tenaga (BEV, ICE, MHEV) di ASEAN sekaligus mampu mewujudkan peluang penyumberan untuk pembekal dan pengilang tempatan melebihi RM5 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang.

Melalui pelaburan ini, Stellantis komited untuk menerajui peralihan kepada elektrifikasi dalam pasaran ASEAN yang mana dapat membuka banyak peluang baharu menjangkaui aspek pembuatan, merangkumi pertumbuhan berdasarkan ekosistem elektrifikasi tempatan, termasuk pemasangan pek bateri secara tempatan dan peluang pekerjaan baharu berkaitan.

Selaras matlamatnya di rantau ASEAN, Stellantis telah bekerjasama dengan kerajaan Indonesia dan pihak berkepentingan lain di negara terbabit, termasuk perjanjian dengan rakan niaga di Indonesia, Indomobil Group, bagi memulakan aspek pemasangan tempatan kenderaan elektrik Citroën pada 2024.

Selain itu, pada Julai 2023, Stellantis menjadi ahli konsortium antarabangsa yang dibentuk untuk membangunkan ekosistem kenderaan elektrik hijau di Indonesia.

Menerusi inisiatif ini, ia akan membantu Stellantis mengembangkan kehadirannya di Indonesia, sekali gus menyokong matlamatnya di rantau ini.

Pada 2021, Stellantis memperoleh 100 peratus kepentingan pemilikan kilang di Gurun, Kedah dan menubuhkan Ibu Pejabat Wilayah India serta Asia Pasifiknya di Kuala Lumpur, iaitu sebagai sebahagian daripada pelan hala tujunya “Built in ASEAN for ASEAN”.

Menurutnya, Stellantis sedang menilai potensi kilang di Gurun sebagai hab pembuatan serantau untuk mengeluarkan kenderaan elektrik berasaskan bateri (BEV) bagi pasaran domestik dan eksport di ASEAN.

Google ads
Back to top button