Motosikal

YAMAHA R6 2017 : ABS, TRACTION CONTROL DAN QUICKSHIFT

Yamaha membuat kejutan semalam dengan mengumumkan pelancaran Yamaha YZF-R6 terbaru untuk rangkaian tahun 2017. Ini adalah luar biasa kerana Yamaha memilih untuk melancarkannya secara berasingan berbanding dalam acara INTERMOT di Jerman minggu lepas.

Sejak lapan tahun yang lalu, ini adalah pembaharuan paling drastik yang dibuat terhadap pasaran sportsbike kelas pertengahan Yamaha. Tanpa berselindung, Yamaha memindahkan rupa YZF-R1 kepada R6 ini daripada banyak aspek.

Bukan sahaja rupa, ia sebenarnya telah meningkatkan tahap aerodinamik sebanyak 8 peratus. Ia juga disumbangkan oleh kedudukan lampu utama yang tersorok di bahagian sisi serta lampu membelok yang kini terletak di bahagian cermin sisi.

2017_YZF600

Enjin R6 ini masih lagi unit sama dengan model 2015 namun telah menjalani rombakan yang besar dengan pertambahan komponen elektronik. Ia didatangkan dengan Kawalan Traksi (Traction Control) yang bijak, boleh dilaras sehingga 6 peringkat atau boleh dimatikan terus.

Kawalan traksi ini sangat sensitif sehingga mampu mengesan komposisi tayar belakang. Selain itu, Yamaha turut memperbaiki mod pemanduan D-Mode System mereka dengan pilihan tiga respon pendikit (Standard, A dan B). Sebagai pilihan, pembeli juga boleh memilih opsyen quickshift.

2017_YZF600

Sistem suspensi dan brek juga ditingkatkan dengan fork Kayaba hadapan 43mm dan gandar 25mm. Suspensi Kayaba belakang didatangkan dengan empat laras memberi lebih pilihan pada penunggang  berbeza. Brek hadapan kini 320mm (sebelum ini 310mm) dengan empat piston yang dipindahkan daripada model R1. Kesemua R6 didatangkan standard dengan sistem brek anti kekunci ABS.

Ia didatangkan dengan tiga pilihan warna – – Intensity White/Matte Silver, Matte Raven Black, dan Team Yamaha Blue. Ia mula dijual pada harga USD12,199 (RM51,000) dan akan berada di pasaran bermula Mac tahun depan.

yamaha r6 (6)

Pasaran sportbike 600cc semakin mengecil kerana Honda sudah mengumumkan akan menghentikan produksi CBR600RR mereka. Yamaha tetap optimis dalam pasaran ini kerana teknologi telah menjadikan motosikal 600cc semakin dinamik, pantas dan lebih mampumilik.

 

 

yamaha r6 (5) yamaha r6 (4) yamaha r6 (3) yamaha r6 (2) yamaha r6 (1)Yamaha R6 2017 (18) 2017_YZF600 Yamaha R6 2017 (16) Yamaha R6 2017 (15) Yamaha R6 2017 (14)Yamaha R6 2017 (13) Yamaha R6 2017 (12) Yamaha R6 2017 (11) 2017_YZF600 2017_YZF6002017_YZF600 2017_YZF600 2017_YZF600 2017_YZF600 2017_YZF6002017_YZF600 Yamaha R6 2017 (2) Yamaha R6 2017 (1) Yamaha r6 111 yamaha r6 (6)

 

 

Google ads
Back to top button