Artikel Pilihan

ENJIN EA888 EVO5, ENJIN VW PALING TAHAN, PALING POWER. MAKIN PADU

Generasi baru enjin EA888 menumpukan pada peningkatan kebolehupayaan enjin untuk diintegrasikan dalam platform kenderaan yang berbeza dan juga memenuhi keperluan pelepasan pencemaran udara yang semakin ketat

Bagi model terbaru, enjin generasi ke 5 EA888 ini akan dikenali dengan nama EA888 Evo 5, dengan enjin ini sedia untuk dipadankan dengan sistem hibrid ringan dan juga plug-in hybrid

Evolusi enjin ini meliputi sistem penyejukan baru, turbo baru, suntikan bahan api terkini dan juga penambahbaikan pada aci sesondol. Bagi meningkatkan kecekapan therma, nisbah mampatan dinaikkan daripada 12.2 ke 12.5:1 bagi varian prestasi tinggi

Bagi varian prestasi rendah, nisbah mampatan diubah daripada 9.6 kepada 10.5:1. Malah Volkswagen juga berusaha mengurangkan NVH pada enjin disebabkan peningkatan nisbah mampatan, aci sesondol menggunakan sistem pelarasan elektrik

Diameter pin pada aci engkol dinaikkan daripada 140mm kepada 144mm untuk menambah kekuatan enjin, terutama dengan pengenalan sistem turbo VGT dengan tekanan setinggi 500 bar (berbanding model lama 350 bar)

Bagi memenuhi penjimatan bahan api dan pengurangan pelepasan asap, enjin ini menggunakan kitaran enjin Atkinso dengan sistem turbo yang lebih dikenali dengan kitaran Miller. Unit sistem intercooler pula diintegrasi terus pada inlet manifold bagi prestasi penyejukan yang baik dan respon enjin yang lebih pantas

Berbeza dengan sistem pelarasan aci sesondol hidraulik sebelum ini yang menghadkan pelarasan aci sesondol pada 60°, aci sesondol kawalan elektrik menawarkan pelarasan sehingga 156°. Ini membolehkan enjin dihidupkan dengan lebih mudah serta gegeran yang minama

Sistem turbo VGT yang baru pula memang dihasilkan khusus untuk operasi kitaran Miller bagi enjin EA888 dengan tekanan yang sangat tinggi. Namun bagi mengurangkan suhu turbo dan mengelakkan masalah knocking, suhu sistem turbo berjaya dihadkan kepada 1,020°C

Antara cabaran utama memasang turbo pada enjin Atkinson ialah, injap kemasukan akan tertutup awal, isu knocking yang akhirnya menyebabkan sistem pemasaan dilambatkan bagi menghapuskan masalah knocking dan akhirnya mengurangkan kuasa enjin

Tiada cara lain yang lebih sesuai melainkan meningkatkan tekanan turbo pada enjin, dan pada masa yang sama meningkatkan kecekapan sistem penyejukan bagi mengurangkan masalah knocking. Kaedah ini membolehkan enjin ini berjaya menjana 20Nm tambahan dan penjimatan bahan api sebanyak 3%

Bagi mengurangkan pelepasan gas berbahaya, sistem penapis jelaga dan catalytic converter diletakkan dekat pada enjin. Jika diperlukan, satu lagi catalytic converter akan dipasang bagi memenuhi peraturan US SULEV

Walaupun tanpa sistem hibrid, Volkswagen berjaya menjana kecekapan therma sehingga 38% daripada enjin EA888 Evo 5 yang akan terus dikekalkan pada platform MQB dan Premium Platform Combustion. Sebagai perbandingan, enjin Golf R yang menggunakan EA888 Evo5 berjaya menjana 333PS dan 420Nm tork, 13PS dan 20Nm lebih berkuasa daripada model sebelum ini

Google ads
Back to top button