
NISSAN PATEN LOGO BAHARU – TAMPIL LEBIH MINIMAL
Nissan ialah salah satu daripada segelintir pembuat kereta yang memilih untuk mengubah suai logonya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Dari ikon 3D berwarna perak dari tahun 1990-an bertukar menjadi lencana minimal dan ringkas. Tetapi kini, Nissan sekali lagi bakal muncul dengan logo baharu.
Menurut laporan, Nissan memfailkan tanda dagangan baharu walaupun tidak jelas untuk apa ia boleh digunakan.

Selepas menggali pangkalan data tanda dagangan, Nissan didapati memfailkan paten reka bentuk logo lima baris mudah ini di Kesatuan Eropah dan Australia awal bulan ini.
Jelas sekali, ia tidak kelihatan seperti tanda perkataan Nissan semasa.
Kali ini, Nissan menggunakan dua garisan menegak di sebelah kiri diapit oleh tiga garisan mendatar di sebelah kanan.
Nissan mendakwa logo baharu berkenaan adalah sebagai penghormatan kepada warisan perlumbaan Nissan kerana nombor 23 biasanya digunakan oleh pasukan sukan permotoran pembuat kereta itu.
Selain itu, terdapat juga terjemahan yang lebih literal: “NI” bermaksud dua dalam bahasa Jepun, dan tiga garis mendatar ialah simbol untuk nombor tiga (diterjemahkan kepada “SAN”).
Walau bagaimanapun, tidak begitu jelas bagaimana Nissan merancang untuk menggunakan logo baharu ini tetapi kita boleh mengandaikan ia akan terpapar di varian Nissan yang sporty.
- BACA: NISSAN GUNA AI UNTUK HASIL REKAAN KENDERAAN – JIMAT MASA TETAPI PERLU DATA MENCUKUPI
- BACA: NISSAN SKYLINE GT-R R34 J-TUNE TUNKU PANGLIMA JOHOR, DIPAMERKAN DI TASKL 2023
- BACA: NISSAN RC90K, PEMEGANG REKOD PUSINGAN LE MANS TERHEBAT UNTUK DIJUAL
- BACA: NISSAN SKYLINE R34 GT-R DIPANDU OLEH PAUL WALKER TERJUAL PADA HARGA LEBIH RM6 JUTA







