Buletin

HONDA CIVIC 2022, PERBATUAN LEBIH 400K KM DALAM MASA SETAHUN, DIJUAL PADA HARGA RM90K

Sebuah Honda Civic 2022 telah disenaraikan untuk dijual di Weeks Motors, Amerika Syarikat. Lebih mengejutkan kereta keluaran Jepun itu telah mencatat perjalanan sejauh 400,308 kilometer dalam masa satu tahun.

Ditemui oleh Tyre Meets Road, Civic 2022 tersebut boleh dibeli dari pengedar di Dallas, Texas pada harga AS$18,999 (RM90,102) iaitu AS$6,000 (RM28,455) kurang daripada Civic 2023 serba baharu untuk trim Sport standard atau AS$11,000 (RM52,167) kurang untuk trim Touring.

Dengan purata perbatuan lebih daripada 965 kilometer sehari, sedan kompak itu menjalani jalan berliku dan sedang mencari pemilik baharu.

Pemilik asal kereta yang merupakan seorang kurier perubatan menggunakan Civic berkenaan untuk menghantar bekalan perubatan ke Houston setiap hari. Penyelenggaraan yang konsisten dilakukan oleh pemilik bagi memastikan Civic 2022 itu sentiasa dalam kondisi terbaik.

Sebagai contoh, minyak ditukar sekali setiap 10,000 batu atau lebih. Manakala palam pencucuh diganti dua kali, sekali pada jarak 162,044km dan satu lagi pada 326,437km.

Anehnya, laporan Carfax yang sama menunjukkan kereta itu melakukan perjalanan sejauh 16,674km dalam tiga hari pertama. Cecair brek telah ditukar pada 81,334km dan sekali lagi pada 326,437km di Rusty Wallis Honda di Dallas, tempat Civic diservis oleh pemilik asal.

Google ads
Back to top button