Buletin

HONDA CIVIC LULUS UJIAN PENGELAKAN RUSA KM77.COM

Generasi baharu Honda Civic ternyata mampu memberikan pemanduan yang memuaskan hati, setelah ia menggantikan model generasi terdahulu yang lebih dikenali dengan nama Civic Ketam.

Dengan adanya varian baharu e:HEV yang lebih berkuasa, aspek pemanduan sedan segmen C ini ternyata sukar untuk dikalahkan mana-mana model pesaing.

Hal ini dibuktikan sendiri menerusi ujian pengelakan rusa (Moose test) yang dijalankan oleh km77.com, di mana Civic e:HEV berupaya mencapai kelajuan tertinggi 77 km/j mengalahkan majoriti model yang telah diuji sebelum ini.

Menurut km77, setelah beberapa kali cubaan, pada kelajuan tinggi pemanduan kereta ini kekal stabil dan mudah dikawal oleh pemandu tanpa menyentuh sebarang kon.

Selain itu, Civic Hatchback e:HEV yang diuji ini mencatatkan kelajuan pantas pada ujian slalom, walaupun ia sebenarnya mempunyai berat sekitar 1,517 kg kesan daripada penambahan sistem hibrid.

Google ads
Back to top button