Buletin

FAMILY MART, SUSHI KING AKAN DIBUKA DI R&R PLUS

Pengguna Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) kini mempunyai lebih banyak alasan untuk berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya tersebut. 

Ini kerana lima jenama baru dijangka membuka kedai masing-masing di sana. Jenama yang dimaksudkan ialah Family Mart, Sushi King, MyLaksa, Bon 900 Cafe dan Daily Fresh. Pengumuman itu menjadikan 25 jenama sudah beroperasi di R&R PLUS setakat ini. 

Perjanjian penerimaan lima jenama baharu itu dimeterai bagi memantapkan lagi operasi di R&R dan memberi keselesaan kepada semua. 

Pengarah Urusan Plus, Datuk Azman Ismail memberitahu ini merupakan salah satu usaha Plus untuk menawarkan lebih banyak variasi makanan dan minuman kepada pengguna lebuh raya. 

Untuk makluman, kini terdapat lebih 700 gerai makanan dan minuman di R&R Plus yang menyediakan pelbagai jenis hidangan di 24 buah R&R, 46 hentian serta empat restoran jejantas.   

Dengan penambahan jenama makanan yang semakin menarik, kami harap aspek-aspek lain seperti kebersihan dan ruang parkir dapat ditingkatkan lagi. Bukan kata sekarang tak bagus, cuma jadikan lebih baik. 

Google ads
Back to top button