BOSCH Mrec – Desktop
Artikel Pilihan

MODIL PEDESAAN AMMDes SEDIA UNTUK DIJUAL. MADE IN INDONESIA.

SHARE

Industri kecil dan sederhana khususnya di kawasan luar sememangnya diakui mempunyai potensi yang sangat besar. Ada masanya tahap ke-kretif-an penduduk harus dipuji apabila mampu mereka bentuk sesebuah kenderaan. Khusus untuk kegunaan secara ‘indie’ di kampung – kampung.

Tapi di Indonesia lain pula ceritanya. Kali ini mereka berjaya mencipta kenderaan mengangkut berupa sebuah trak kecil. Bertambah menarik apabila projek yang mungkin kelihatan indie yang diusahakan pihak Swasta ini turut mendapat sokongan sepenuhnya daripada Kementerian Perindustrian RI.

Nama penuh kenderaan ini adalah Alat Mekanis Multiguna Pedesaan (AMMDes) atau pun di sana lebih senang menggelarkannya sebagai Mobil Pedesaan. Khusus untuk kegunaan di desa – desa sana.

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

Prototaip Mobil ini mula dipertontonkan kepada umum sewaktu Gaikindo Indonesia International Auto Show Ogos tahun lalu. Dan maklumbalas yang diterima ketika cukup menggalakkan walaupun paras rupa hadapannya kelihatan sedikit pelik di mata kasar.

Dengan mempunyai jarak kelegaan bumi yang cukup tinggi, sudah tentulah ianya amat bersesuaian dengan bentuk muka bumi di sana. Apatah lagi dengan pemakaian tayar tebal dengan gaya off-road. Harus diakui, jalanraya di sana barangkali sedikit azab terutamanya melalui kawasan luar bandar. Malah, jalan tanah merah juga masih wujud di sana.

Kini, khabarnya produksi massa AMMDes ini telah bersedia untuk dimiliki. PT Kreasi Mandiri Wintor adalah organisasi yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan produk serba guna ini. Berupaya menanggung beban sehingga 700kg serta dilengkapi dengan differential lock system dan juga Power Take-Off (PTO). Sudah tentu untuk AMMDes ini mampu melepasi laluan yang mencabar dengan mudah dan ianya pasti dilihat sebagai kelebihan yang seharusnya untuk dimiliki dan digunapakai di desa – desa.

Setakat mengusung hasil tanaman dari kebun kepada peraih atau pun memasang kelengkapan seperti mesin padi bukanlah masalah besar buat Mobil Pedesaan ini. Malah khabarnya versi Ambulan turut dikeluarkan juga.

Apatah lagi kos operasinya juga boleh disifatkan murah dan mudah. Cuma yang tak berapa nak sedap, tangki bahan bakar cuma setakat 15 liter sahaja. Kelajuan maksimum pun boleh pergi setakat 32 km/j. Enjin pun guna 660 cc sahaja. Iyalah, dah nama pun nak guna untuk jalan – jalan di kampung. Nak laju bukannya boleh pergi mana pun kan?

Tapi yang paling penting, harganya sudah tentulah cukup murah untuk dimilik. Sekitar Rp70 juta (RM20,622) sahaja. Memang laku keraslah jawabnya lepas ni.

Kredit Foto : Liputan6.com

BACA : PRESIDEN JOKOWI MENCUBA KERETA ELEKTRIK EZZY II

BACA : ULANGTAHUN KE 55 KENDERAAN 4 RODA PERTAMA HONDA – TRAK KECIL T360

Tags
Google ads
Back to top button