Artikel Pilihan

FERRARI 456 GT VENICE – FERRARI MEMANG ADA KELUARKAN WAGON EK?

Lama dahulu, boleh dikatakan hampir kesemua pengeluar kereta sport mewah seperti Porsche dan Ferrari sangat mengutamakan tradisi dan pengkhususan. Memang tidak pernahlah untuk kita melihatkan kereta mereka ini dalam rupabentuk yang lain, SUV dan Wagon misalannya. Cuma, di zaman ini barulah kita boleh melihat mereka telah memecah tradisi dengan pengenalan model seperti Panamera & Cayenne.

BACA : PORCHE PANAMERA TURBO EXECUTIVE – LEBIH MEWAH, SPORTY

BACA : INI BEZANYA BILA BELI SEBUAH KERETA MEWAH

Jadi, bayangkan anda adalah kerabat DiRaja dari sebuah negara pengeluar minyak yang mempunyai duit melimpah-ruah dan sangat meminati kereta mewah terutamanya jenama Ferrari tetapi dalam masa yang sama turut meminati Wagon. Iyalah, bila dah berduit ni kita pun nak kata kan?

Jadinya, nak buat macam mana? Maka, sebagai orang ada-ada bolehlah PM ke Ferrari untuk memesan model sedia ada supaya menjadi sebuah Wagon atau pun Estate. Dan dalam kes ini, Ferrari telah berjaya menjadikan model 456 yang biasa-biasa kepada sebuah Ferrari GT Venice – wagon ok.

Dan tugasan mencabar itu akhirnya digalas oleh pereka kereta terkemuka dan tersohor, Pininfarina bagi merialisasikan hasrat bakal pemilik. Rasanya, Pininfarina boleh tahan pening juga bagaimana nak menjadikan daripada sebuah kereta sport mewah yang hanya mempunyai dua pintu kepada sebuah wagon yang panjang dan mempunyai empat pintu. Proposisi pilar D tidaklah kelihatan terlalu canggung sangat dibandingkan dengan kedudukan pilar A.

Hasilnya? Tampak elok tapi barangkali sedikit pelik. Cukup sesuai untuk mereka yang berkeluarga, tetapi memerlukan sebuah kereta benar-benar laju untuk menghantar anak ke sekolah di kala terlewat keluar rumah.

Secara asasnya, Ferrari 456 asal ini menggunakan enjin 5.5 liter V12 yang mampu menghamburkan kuasa 436hp dengan kuasa tujahan 325 kW. Lantas pernah mengangkat ianya sebagai wagon terpantas.

Ferrari 456 GT Venice ini hanya mempunyai tujuh buah unit sahaja di dunia yang mana enam daripadanya ketika itu telah dibeli oleh Kerabat DiRaja tersebut. Bakinya entah siapa yang beli pun tidaklah pula diketahui.

Jadinya, berapakah harga untuk sebuah kereta yang ditempah khas sebegini?  USD $1.5 juta (RM6.09 juta) sahaja tuan-tuan di kala itu. Kalau di kala ini campur tolak inflasi bagai boleh jadi nilainya dah boleh cecah $2 juga agaknya.

Oh ya, sebetulnya terdapat sebuah lagi versi GT Spyder yang turut dibina khas untuk Sultan Brunei. Amacam?

 

Google ads

B K

Back to top button