
FERRARI 512 BB – TERBAKAR MACAM NI PUN BOLEH JUAL PADA HARGA RM164K, TAK FAHAM BETUL
Sedia maklum bahawa model klasik Ferrari 512 Berlinetta Boxer yang juga dikenali sebagai BB bukanlah murah. Sebagai contoh, sebuah Ferrari 512 BB tahun 1979 berjaya dijual pada harga AS$335,500 (RM1.38 juta) dalam satu acara lelongan tahun lalu.
Walaupun harganya sangat mahal, abang Japar tidak faham siapa yang sanggup membeli kereta sudah lebih separuh hangus terbakar ini pada harga AS$40,000 (RM164,600).
Kalau dilihat dengan lebih teliti, hampir kesemua bahagian dalamannya sudah musnah dan tidak ada apa yang boleh diselamatkan termasuklah enjinnya.
Kereta itu sebenarnya dilelong oleh pihak Copart. Percaya atau tidak, ia berjaya menarik bidaan pada harga yang begitu tinggi. Copart tidak menyatakan apakah punca kebakaran itu.
Bersangka baik, mungkin pembeli ini mahu jadikannya sebagai reban ayam atau satu bentuk installation seni di rumahnya. Macam-macam orang ni kan.
kredit foto: Copart