
FERRARI KECIL HATI, SEBAB UTAMA GEAR MANUAL TIDAK LAGI DIKELUARKAN
Apabila kita bercakap berkenaan dengan kereta sukan atau supercar berprestasi tinggi, maka jenama Ferrari dengan semburan car berwarna merah akan menjadi topik perbualan. Kereta sport atau supercar pula adalah sinonim dengan penggunaan gear manual.
Membeli kereta Ferrari dengan transmisi manual adalah salah satu cara untuk kita menikmati hidup dan pemanduan yang paling berharga. Pijak pedal minyak, pedal klac, tukar gear dan brek apabila memasuki selekoh adalah pengalaman yang menyeronokkan. Tapi tahukah anda bahawa Ferrari sudah lama menghentikan penjualan supercar dengan transmisi manual?
Ya semenjak tahun 2012 atau 12 tahun yang lalu, Ferarri sudah tidak lagi menjual supercar dengan transmisi manual. Berdasarkan kajian dan dapatan mereka pada tahun 2008 apabila Ferrari memperkenalkan model California, supercar ini ditawarkan dalam 2 varian transmisi iaitu manual dan klac berkembar
Model ini juga merupakan model terakhir oleh Ferrari yang ditawarkan dengan transmisi manual. Malah selain Ferrari, jenama automotif lain yang menghasilkan supercar seperti Lamborghini, Mercedes, dan McLaren juga mengambil langkah yang sama.
Ini kenyataan yang benar dan pahit untuk diterima. Die hard fan sebenarnya sembang je lebih.
Walaupun kebanyakan die hard fan mengatakan mereka lebih suka memandu supercar dengan transmisi manual disebabkan bunyi enjin, getaran dan proses penukaran gear yang berlaku namun, data jualan kenderaan termasuk kereta biasa membuktikan sebaliknya. Jualan kereta dan supercar dengan transmisi manual semakin menurun.
Pada tahun 2012 iaitu selepas 4 tahun Ferrari California dipasarkan, hanya 5 unit sahaja varian manual yang dipesan menurut Ketua Pegawai Pemasaran Ferrari iaitu Nicola Boari. Sedangkan Ferrari dah berhabis modal dalam menghasilkan R&D, menghasilkan peralatan perkilangan dan barisan pemasangan yang bukan murah.
5 unit bukan sahaja tidak balik modal, tapi tragedi kepada Ferrari. Jika tidak, bajet perbelanjaan tadi boleh digunakan untuk memperbaiki semua teknologi yang ada pada kenderaan Ferrari. Hanya Porsche sahaja yang setakat ini kekal mengasilkan supercar manual bagi supercar mereka
Sebaliknya Ferrari memberi fokus kepada pembangunan transmisi klac berkembar samaada 7 gear atau 8 gear yang ditawarkan pada model 812 GTS, 296 GTB, SF90 Stradale, SF90 Spider, F8 Tributo, F8 Spiderm Roma dan Portofino dengan pengalaman pembinaan dan penggunaan melebihi 10 tahun